PUTRAJAYA, 22 Februari 2020 - Seramai 90 orang Penaraf Pengakap Raja Negeri Selangor berkampung selama 2 hari di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya bagi melakukan Pemeriksaan Buku Log Berpusat Calon Pengakap Raja Negeri Selangor 2020.
Sebanyak 4,518 buah buku log diperiksa memerlukan penelitian yang teliti untuk memilih calon berkualiti melalui tapisan semakan buku log untuk melayakkan diri bagi menyertai Ujian Penarafan Pengakap Raja.
Tuan Haji Noor Hashim Bin Ismail, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua penaraf yang hadir meluangkan masa untuk melakukan pemeriksaan kali ini dan memberi amanat supaya membuat pemeriksaan dan menilai dengan penuh integriti.

Taklimat pemeriksaan disampaikan oleh Tuan Mohd Hafiz Bin Hamdan Shukor, Setiausaha Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri Selangor.
Turut hadir, Tuan Haji Mohammed Adzhar Bin Haji Alias, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor merangkap Ahli Lembaga Penaraf Pengakap Raja.
Jom ikuti media sosial rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Selangor untuk perkembangan terkini.
Instagram: PPM Negeri Selangor
0 Ulasan