PANDUAN PENULISAN BUKU LOG KE ARAH PENGAKAP RAJA



KLANG, 6 April 2020 - Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri dan Penilaian Anugerah BP Negeri Selangor yang bersidang pada hari ini melalui aplikasi 'Google Meet' telah bersetuju sebulat suara dalam mesyuaratnya meluluskan penggunaan dan pengedaran Panduan Penulisan Buku Log ke Arah Pengakap Raja terbitan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor.

Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk menyeragamkan kaedah penulisan buku log berdasarkan kepada peristiwa yang dialami oleh ahli Pengakap semasa mereka mengambil ujian lencana.

Oleh yang demikian penggunaan panduan ini adalah berkuatkuasa mulai 01 Mei 2020. rujuk halaman 49 buku panduan ini untuk maklumat lanjut berkenaan pelaksaan penggunaan panduan ini.



Panduan Penulisan Buku Log ke Arah Pengakap Raja ini adalah untuk edaran dalaman Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor sahaja dan telah didaftarkan di Perpustakaan Negara Malaysia dengan nombor pendaftaran eISBN 978-967-19971-0-9






Klik simbol di bawah untuk muat turun




Catat Ulasan

0 Ulasan