![Pengakap Selangor Pengakap Selangor](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxHeAZH4Nb4zU_gfGrMPUzxyU4gJ2NKgHv6C3mfnqyqqw_fwVtECaPkqAvIS1Ci5roaSIBZMQiZs0dGxhJv4xTYMUuv5KqeDP25MaZfo5ikhxbscI-ImzeNjpDtX0w6ooFh5YFFmi5AgZv/s16000/UJIAN+TEORI+WAJIB+LENCANA+JAYA+DIRI.png)
![Pengakap Selangor Pengakap Selangor](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3_w6HjAEiP8nNlzzyKt3dSxirPb7a2ReFwADS-PoUAMxSPac5jNmLXSUiobu43sb8nBFRTyDcHDcdAiA1N_BXSj7M9XGEMwPJemkagA361ig0K3ufFpVJZlw4lSZcNLAQ-T6kR1KD36m9/s16000/ujian+teori+jaya+diri.jpg)
![Pengakap Selangor Pengakap Selangor](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWCYpggOIis1VT3lQZvDcXzqiHDGVVb72j38TCMAawCFKAA10nw6naI9F6sSW5mg6wd9LpIOAGH8p2XHxvX7yqgHAx5IBCYHTHyWN9kaVm2kjNUKQm7tJA5mwNPadSmSf7M6ZsMs91G74Z/s16000/ujian+teori+jaya+diri+2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXzbwEJ7xWy4e0Og7WEK2prlmYHH_bLhjWx6o2Dk11b8iLadRCbAY3J_BWVSEadtBCcTCbfIY6IxgZUgGaIfw6r2u1odRfWpp2AWBWuezCmf8TO0LYT7FnBaYGVYPRVL9r_IhPyWR0s7bb/s16000/KENALI+LENCANA.png)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUKtIEgrmQWMAYSm5srSmAqRD5k7obrJPEUZL7gNYFE-5XYX65cKKGYx52xtu6Ff3WfRLA-VnliG73zFcND0W5qtkK05RmzdnoHkrj5Lp7rwxgMcK-EOsr6NgtRSqZrlb3Cir1XO1Dt3bN/s0/jayadiri.png)
Lencana ini dipakai pada lengan kiri kemeja (uniform Pengakap) di tempat yang pertama.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjje3nb4Ps-8s4InEDcaDGOZ8MQOLsXbxeToxljW1iU_rZG2lfwylJKG5aKdu61uf_Vf9vR4WPcrj7jLXFiojjrHaQtNw6qvQvSqwKE-M-a8xFQ-4p0-_ib1q18UMUaTqrTfH8O4DSy3Eez/s16000/SKIM+LENCANA.png)
Untuk lulus Lencana Jayadiri seseorang Pengakap Remaja itu perlu lulus ujian seperti berikut:
Menegetahui fungsi-fungsi Parlimen Malaysia;
Melukis dan menerangkan rupa bentuk bendera semua negeri dalam Malaysia, Jata Negara dan Lambang Negeri masing-masing (Negeri Selangor);
Menerangkan fungsi satu daripada Agensi Kerajaan atau Badan Berkanun atau Syarikat Berkaitan Kerjaan (GLC);
Melukis peta negeri masing-masing (Negeri Selangor) dan menunjukkan kawasan Parlimen serta nama ahli Parlimen berkenaan.
Mempunyai buku log Lencana Jayadiri mengikut maklumat terkini semasa ujian lencana diambil.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtVc1_cN1v_7BfRDw3ZMPSMlZ3BeGh5Ot4M_WsnGnKzQfWIZyZ0kttshyphenhyphens34Qb3lBFi9oqb-4CwwAzkjtegizl2pq58fbojz8s1ON2u8i_R1iEA6FbENmOs71nkxtfv_gTPIhoXM8rO7Z7/s16000/ISI+KANDUGAN+BUKU+LOG.png)
- Maklumat diri
- 8-10 orang ahli patrolnya
- Catatkan sejarah Institusi Parlimen di Malaysia;
- Dapatkan fungsi, tugas, kelayakkan menjadi ahli dan siapa yang boleh menjadi ahli untuk:
- Dewan Negara; dan
- Dewan Rakyat.
- Lukis dan terangkan berkenaan bendera semua negeri dalam Malaysia;
- Lukis dan terangkan berkenaan Jata Negara;
- Lukis dan terangkan berkenaan Lambang Negeri Selangor;
- Dengan kaedah menemuduga, dapatkan maklumat berkenaan satu daripada Agensi Kerajaan atau badan berkanun atau syarikat berkaitan kerajaan;
- Lukis peta Negeri Selangor dan tandakan kawasan Parlimen sekolah anda serta namakan Ahli Parlimen tersebut.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhumNuXaaJz99aEiquJLIUTZ5EeUNL2VWzSgstIPKbnDlMCh20Sey3SWcXSRaeER1PDd4dcUP_UKtStAPHGrKPz2XrJu1uf1eAuRktKe4i9I2Jxib0HtDxm_4Edcbw-hVlT6uSwWGuNOeec/s16000/TUGASAN+1.png)
FOKUS TUGASAN (1)
- Menyiapkan Buku Log
- Anda perlu menyiapkan buku log (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Mempersembahkan Buku Log
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Ujian lisan
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHBuiA5R7T7PFI2Qzrq2EMe0_F0hLGAhbFfVfFszs4d-Qe3Tgss81sEE4mSQ2yt86krW9uBqKHgdy9Wl7J6lrLR-F1-HwN6-Emcjmk4KqY87_d6fc_Pw6A6G5r40eByUesrt5pmWlICEdh/s16000/TUGASAN+2.png)
FOKUS TUGASAN (2)
- Ujian Teori Secara Dalam Talian
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Markah Lulus
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- e-Sijil Penyertaan
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan