IKATAN BUKU SILA
Kegunaan Ikatan Buku Sila:
- Untuk menyambungkan tali yang sama besar
- Untuk mengikat bungkusan dan anduh
- Untuk mengikat tali layar
- Untuk mematikan ikatan Seraya Jepun
IKATAN BUNGA GETI
Kegunaan Ikatan Bunga Geti:
- Untuk menyambungkan tali yang tidak sama besar
- Untuk mengikat tali ke sesuatu tanjul
- Untuk menyambungkan tali penarik ke hujung bendera
SIMPUL MANUK
Kegunaan Simpul Manuk:
- Untuk mengikat tali pada tiang
- Untuk memula dan mematikan sesuatu ikatan
- Untuk menambat bot di jeti
SIMPUL TINDIH KASIH
Kegunaan Simpul Tindih Kasih:
- Untuk kerja-kerja menyelamat
- Untuk menambat binatang
- Untuk membuat tanjul tidak bergerak
Simpulan Tindih Kasih perlu dibuat menggunakan seutas tali sahaja dalam video ini ada mengandungi penggunaan 2 utas tali berbeza yang disambungkan, ia adalah untuk tujuan pembelajaran sahaja.
LILIT DUA SIMPUL
Kegunaan Lilit Dua Simpul:
- Untuk mengikat tali khemah pada pancang
- Biasa juga digunakan oleh pekerja di pelabuhan untuk mengikat bot
LILIT PEMATI BIASA
Kegunaan Lilit Pemati Biasa:
- Untuk mematikan hujung tali supaya tidak terurai
LIKE • SHARE • FOLLOW • media sosial rasmi PPM Negeri Selangor untuk info terkini. #PPMNegeriSelangor #teamscoutselangor #PersekutuanPengakapMalaysia #WorldOrganizationoftheScoutMovement #AsiaPacificRegoin #MediaRasmiPPM #infoPPM Facebook Page: Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor https://www.facebook.com/ppmnegerisel... Instagram: PPM Negeri Selangor https://instagram.com/ppmnegeriselangor Blogspot : Informasi Pengakap Selangor https://ppmngselangor.blogspot.com
0 Ulasan