LENCANA AHLI ELEKTRONIK (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP MUDA




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengenali alat elektronik dengan mengetahui fungsi-fungsinya dan dapat menunjukkan kaedah pemasangan alat-alat tersebut dengan betul.



Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:

  1. Menunujukkan sekurang-kurangnya 4 jenis litar elektrik (circuit) yang telah di pasang, satu daripadanya mestilah pada set radio yang mudah difahami bagaimana tiap-tiap satunya itu berfungsi;

  2. Senaraikan sekurang-kurangnya 4 jenis elektronik untuk kegunaan rumahtangga dan perindustrian serta terangkan bagaimana tipa-tiap satu itu berfungsi;

  3. Mengetahui teori yang mudah bagi transistor dan bagaimana alat itu boleh digunakan untuk dirangkaikan kepada alat-alat ‘resistor’. ‘capacitors’ dan ‘coils’ bagi membuat satu litar elektronik yang mudah; dan

  4. Membuat litar elektrik bagi meenyalakan lampu LED.


  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

  3. Laporan bergambar anda sedang menunujukkan sekurang-kurangnya 4 jenis litar elektrik (circuit) yang telah di pasang, satu daripadanya mestilah pada set radio yang mudah difahami bagaimana tiap-tiap satunya itu berfungsi;

  4. Senaraikan sekurang-kurangnya 4 jenis elektronik untuk kegunaan rumahtangga dan perindustrian serta terangkan bagaimana tipa-tiap satu itu berfungsi;

  5. Mengetahui teori yang mudah bagi transistor dan bagaimana alat itu boleh digunakan untuk dirangkaikan kepada alat-alat ‘resistor’. ‘capacitors’ dan ‘coils’ bagi membuat satu litar elektronik yang mudah; dan

  6. Laporan bergambar anda sedang membuat litar elektrik bagi meenyalakan lampu LED; dan

  7. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  8. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.



FOKUS TUGASAN (1)

Menyiapkan Buku Log

  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
      1. Anda sedang membuat litar elektrik bagi meenyalakan lampu LED.

FOKUS TUGASAN (2)

Ujian Teori Secara Dalam Talian

  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan