Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam ilmu perintis dengan mengenali pelbagai jenis tali, kaedah menggunakan simpulan dan ikatan dengan betul, membina pelbagai jenis model projek perintis seperti menara, pintu gerbang dan sebagainya.
Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:
Mengetahui ciri utama dalam pelbagai jenis dan ukuran tali yang diperbuat daripada serabut biasa.
Menunjukkan bagaimana menggulung dan menjaga tali serta menguji keteguhannya;
Boleh menentukan dan mengawasi keselamatan penggunaan tali;
Mengerti serta menunjukkan kegunaan pancang dogang (anchorage) untuk penerokaan yang boleh digunakan bagi pelbagai projek, tempat dan keadaan tanah yang gembur dan lembab;
Menunjukkan kegunaan semua simpulan, ikatan dan cara mematikan tali yang digunakan dalam pelbagai penerokaan;
Mengetuai patrolnya membina satu projek yang dipilih oleh penilai dengan jayanya;
Dengan jayanya mengetui patrol membina projek yang direkanya sendiri dengan terlebih dahulu berbincang dengan penilai tentang rangka-rangka, model, cara membuatnya, alatan yang digunakan dan jangka masa bagi menyiapkan projek itu.
- Maklumat diri
- 8-10 orang ahli patrolnya
- Gambar-gambar dan penerangan pelbagai jenis dan ukuran tali yang diperbuat daripada serabut biasa.
- Gambar-gambar dan penerangan bagaimana menggulung dan menjaga tali serta menguji keteguhannya;
- Cara-cara menentukan dan mengawasi keselamatan penggunaan tali;
- Gambar-gambar anda membina dan menunjukkan kegunaan pancang dogang (anchorage);
- Semua simpulan, ikatan dan cara mematikan tali dari lencana Keahlian sehingga Lencana Maju, ikatan boleh dibuat dengan menggunakan tali parcel dan dilekatkan dalam buku log. Anda perlu menunjukkan sekurang-kurangnya 3 langkah untuk setiap ikatan;
- Gambar anda mengetuai patrol anda dalam membina satu projek yang dipilih oleh penilai dengan jayanya, sertakan laporan bertulis untuk projek anda;
- Sediakan laporan bagi projek perintis seperti berikut:
- Lakaran tentang rangka-rangka projek;
- Gambar model perintis;
- Cara membina projek;
- Senarai alatan yang digunakan; dan
- Jangka masa bagi menyiapkan projek tersebut.
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
- Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
FOKUS TUGASAN (1)
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
- Anda sedang membina dan menunjukkan kegunaan pancang dogang (anchorage); dan
- Anda dan patrol anda membina projek perintis.
FOKUS TUGASAN (2)
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan