LENCANA AHLI MEKANIK (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam bidang mekanikal dengan menunjukkan kebolehan merawat (service) pelbagai jenis enjin, mengetahui bahagian asas enjin motosikal, menunjukkan kebolehan menggunakan alat pemeteri dan sebagainya.




Pengakap mesti lulus SEMUA ujian dalam SATU BAHAGIAN iaitu Bahagian A, atau Bahagian B atau Bahagian C yang dipilihnya.

BAHAGIAN A.
  1. Mengetahui perbezaan diantara enjin jenis 2 lejang dengan 4 lejang;
  2. Mengetahui bahagian asas motosikal;
  3. Membuka, mencuci dan memeriksa ukuran celah plag motosikal;
  4. Menukar minyak pelincir motosikal; mengetahui memeriksa paras minyak pelincir itu;
  5. Tahu membuka tayar motosikal serta menampal tiup yang bocor dan memasangnya semula;
  6. Mengetahui cara membetulkan 'clutch' dan brek motosikal;
  7. Menukar mentol motosikal yang terbakar pecah;
  8. Mengetahui cara menegangkan rantai motosikal yang kendur; dan
  9. Mengetahui cara menambahkan air bateri motosikal.

BAHAGIAN B.
  1. Membuat alat penerima radio (radio receiver) yang menggunakan dua mentol (valves) atau transistor, di atas sekeping papan, Jika dikehendaki pendengar telinga (headphone) boleh juga dipasang. Melukis litar elektrik (circuit) penerima radio itu dan terangkan kepada Penilai fungsi tiap-tiap satu bahagian alat yang digunakan itu;
  2. Menunjukkan kebolehan menggunakan alat pemeteri (soldering iron) dan tahu berjaga-jaga apabila menggunakan pemeteri pada transistor dan litar elektrik;
  3. Mengetahui betapa mustahaknya berjaga-jaga tentang keselamatan apabila memperbaiki peti radio yang memakai tenaga elektrik AC/DC, seperti memasang sambungan pembesar suara atau memperbaiki bahagian yang kecil-kecil sebelum menutup suis memotong tenaga elektrik itu;
  4. Memperbaiki kerosakan yang kecil-kecil pada peti radio seperti suis dan wayar longgar, bunyi bising atau bateri lemah; dan
  5. Terangkan dengan ringkas syarat utama bagi mendapatkan Lesen Radio Amatur (transceiver).

BAHAGIAN C.
  1. Menerangkan prinsip dan perjalanan 2 jenis jentera motobot yang lebih dari 2 kuda kuasanya dan mengetahui cara menyelenggaranya;
  2. Mengetahui menjalankan jentera motobot yang berkuasa 4 kuda dan juga cara menyelenggarakan enjin laut diesel.

ATAU

  1. Dengan bantuan minima, membuka, mencuci dan memasang balik enjin sangkut (outboard engine) serta memasangkannya pada bot dengan betul. Menerangkan cara mengetahui kerosakan kecil pada masa mula menjalankan enjin dan masa berlayar.

  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

SEKIRANYA MEMILIH BAHAGIAN A.

  1. Menyenaraikan perbezaan diantara enjin jenis 2 lejang dengan 4 lejang;

  2. Melukis gambar rajah motosikal dan memberi penerangan berkenaan bahagian asas motosikal;

  3. Tuliskan laporan ringkas dan gambar anda membuka, mencuci dan memeriksa ukuran celah plag motosikal;

  4. Tuliskan laporan ringkas dan gambar andamenukar minyak pelincir motosikal; mengetahui memeriksa paras minyak pelincir itu;

  5. Tuliskan laporan ringkas dan gambar anda membuka tayar motosikal serta menampal tiup yang bocor dan memasangnya semula;

  6. Tuliskan laporan ringkas dan gambar anda menunjukkan cara membetulkan 'clutch' dan brek motosikal;

  7. Tuliskan laporan ringkas dan gambar anda menukar mentol motosikal yang terbakar pecah;

  8. Mengetahui cara menegangkan rantai motosikal yang kendur; dan

  9. Tuliskan laporan ringkas dan gambar anda menunjukkan cara menambahkan air bateri motosikal.

BAHAGIAN B.

  1. Tuliskan laporan ringkas dan gambar anda menunjukkan cara membuat alat penerima radio (radio receiver) yang menggunakan dua mentol (valves) atau transistor, di atas sekeping papan, Jika dikehendaki pendengar telinga (headphone) boleh juga dipasang. Melukis litar elektrik (circuit) penerima radio itu dan terangkan kepada Penilai fungsi tiap-tiap satu bahagian alat yang digunakan itu;

  2. Tuliskan laporan ringkas dan gambar anda menunjukkan e kebolehan menggunakan alat pemeteri (soldering iron) dan tahu berjaga-jaga apabila menggunakan pemeteri pada transistor dan litar elektrik;

  3. Tuliskan laporan ringkas dan gambar anda menunjukkan betapa mustahaknya berjaga-jaga tentang keselamatan apabila memperbaiki peti radio yang memakai tenaga elektrik AC/DC, seperti memasang sambungan pembesar suara atau memperbaiki bahagian yang kecil-kecil sebelum menutup suis memotong tenaga elektrik itu;

  4. Tuliskan laporan ringkas dan gambar anda menunjukkan cara anda membaiki kerosakan yang kecil-kecil pada peti radio seperti suis dan wayar longgar, bunyi bising atau bateri lemah; dan

  5. Terangkan dengan ringkas syarat utama bagi mendapatkan Lesen Radio Amatur (transceiver).

BAHAGIAN C.

  1. Terangkan prinsip dan perjalanan 2 jenis jentera motobot yang lebih dari 2 kuda kuasanya dan mengetahui cara menyelenggaranya;

  2. Tuliskan laporan ringkas dan gambar anda menunjukkan cara menjalankan jentera motobot yang berkuasa 4 kuda dan juga cara menyelenggarakan enjin laut diesel.

ATAU

  1. Tuliskan laporan ringkas dan gambar anda dengan bantuan minima ayah anda atau individu lain, anda menunjukkan cara membuka, mencuci dan memasang balik enjin sangkut (outboard engine) serta memasangkannya pada bot dengan betul. Menerangkan cara mengetahui kerosakan kecil pada masa mula menjalankan enjin dan masa berlayar.


DOKUMENTASI VIDEO
  1. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
SETELAH LULUS LENCANA
  1. Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.

FOKUS TUGASAN (1)

Menyiapkan Buku Log
  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
      1. Sekiranya anda memilih untuk Bahagian A, tunjukkan cara menukar minyak pelincir dan menegangkan rantai motosikal; ATAU
      2. Sekiranya anda memilih untuk Bahagian B, tunjukkan cara anda memateri litar elektronik dengan komponen-komponennya dan berfungsi dengan betul; ATAU
      3. Sekiranya anda memilih untuk Bahagian C, tunjukkan cara menyelenggara enjin sangkut melebihi 2 kuasa kuda.

FOKUS TUGASAN (2)

Ujian Teori Secara Dalam Talian

  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan