LENCANA AHLI OLAHRAGA (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP KANAK-KANAK

 


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, melompat tinggi, melontar peluru. Penglibatan sekurang-kurannya di peringkat Sekolah, Daerah, Negeri mahupun Kebangsaan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang acara yang disertai.




Contoh acara olahraga yang perlu dijalankan:

  1. Mengetahui apakah MSSD / MSSN / MSSM / SUKMA
  2. Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan untuk bersukan
  3. Mengambil bahagian dengan 3 percubaan -
    • Lari 100 meter 20 saat; atau
    • Lari 200 meter 50 saat; atau
    • Lompat Tinggi 0.8 meter; atau
    • Lontar Peluru 6 paun 5 meter.
  4. Menyertai acara Merentas Desa.


  1. Maklumat diri
  2. Ahli 6 Sekawan
  3. Menerangkan dalam bentuk penulisan berkenaan MSSD / MSSN / MSSM / SUKMA dan mengapa majlis tersebut diadakan dan dapat membantu Pengakap Kanak-kanak;
  4. Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan untuk bersukan;
  5. Rekod dan sijil-sijil penglibatanya dalam acara olahraga;
  6. Gambar-gambar anda melakukan sukan tersebut;
  7. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
  8. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.



FOKUS TUGASAN (1)

  1. Menyiapkan Buku Log
    • Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
  2. Mempersembahkan Buku Log
    • Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  3. Ujian lisan
    • Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  4. Ujian Praktikal
    • Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
    • Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
      1. Larian atau lompat tinggi atau lontar peluru dengan 3 percubaan.



FOKUS TUGASAN (2)

  1. Ujian Teori SecaraDalam Talian
    • Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
    • Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
    • Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
  2. Markah Lulus
    • Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
    • e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
    • Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
  3. e-Sijil Penyertaan
    • Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan