Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang pasukan permainan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, bola baling, hoki, pingpong, permainan dalaman dan sebagainya dan mewakili di peringkat Sekolah, Daerah, Negeri mahupun Kebangsaan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang permainan yang disertai.
Contoh ujian yang perlu dijalankan :
- Mengetahui undang-undang dan peraturan satu jenis permainan seperti berikut:
- Bola sepak;
- Bola tampar;
- Badminton;
- Roundres;
- Hoki;
- Sepak takraw;
- Ping Pong;
- Bola baling; atau
- Bola jaring.
- Membuktikan bahawa Pengakap boleh bermain sekurang-kurangnya 2 permainan berpasukan;
- Menunjukkan yang Pengakap itu terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan;
- Menyetahui cara menjaga, membersih dan menyimpan alat permainan tersebut;
- Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain.
Maklumat diri
Ahli 6 Sekawan
Menerangkan undang-undang dan peraturan mengenai satu jenis permainan;
Gambar yang boleh membuktikan bahawa anda boleh bermain sekurang-kurangnya 2 permainan berpasukan;
Gambar anda terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan;
Gambar dan penerangan cara menjaga alat permainan (membersih dan menyimpan alat permainan.
Menerangkan cara membersihkan diri setelah bermain;
Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana ke dalam buku log anda.
FOKUS TUGASAN (1)
- Menyiapkan Buku Log
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Mempersembahkan Buku Log
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Ujian lisan
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Ujian Praktikal
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
- Anda sedang bermain secara berpasukan dengan rakan anda; dan
- Cara penjagaan alat permainan, membersih dan menyimpannya.
FOKUS TUGASAN (2)
- Ujian Teori Secara Dalam Talian
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Markah Lulus
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- e-Sijil Penyertaan
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan