Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan tahu menggunakan kompas.
Pilih 3 sahaja daripada senarai di bawah:
- Penentuan arah mata angin:
- Melukis mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah mata angin berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam; atau
- Melukis mata angin 16 pecahan menunjukkan arah mata angin utama yang terdapat dalam kompas;
- Melukis petunjuk peta dengan menggunakan simbol dan warna pada sebuah peta
- Jalanraya dan jambatan;
- Jalan keretapi;
- Bangunan (kediaman, masjid, gereja, tokong dan kuil);
- Sungai dan tali air; serta
- Tumbuhan (nanas, getah, kelapa, padi, kelapa sawit dan hutan)
- Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman, sungai dan lain-lain;
- Mencari sudut bearing: Melukis dengan menggunakan alat geometri (sudut 075°, sudut 025°, sudut 120° dan sudut 245°)
- Berjalan kaki sejauh 5 kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran dan membuat lakaran peta perjalanan berkenaan.
Maklumat diri
Ahli 6 Sekawan
Melukis 8 arah mata angin dan 16 arah mata angin dan menerangkan arah mata angin berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam;
Menerangkan secara ringkas penggunaan kompas;
Melukis petunjuk peta;
Melukis peta lakaran dari sekolah ke rumah anda, peta lakaran tersebut mengandungi simbol-simbol peta;
Laporan perjalanan 5 km berserta peta lakaran perjalanan tersebut.
Menerangkan bagaimana cara menggunakan jangka sudut (protactor) untuk mencari bearing;
Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
FOKUS TUGASAN (1)
- Menyiapkan Buku Log
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Mempersembahkan Buku Log
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Ujian lisan
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Ujian Praktikal
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
- Arah mata angin utama berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam; dan
- Berjalan kaki sejauh 5km bersama Sekawan dan membuat lakaran peta perjalanan.
FOKUS TUGASAN (2)
- Ujian Teori Secara Atas Talian
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Markah Lulus
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori atas talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- e-Sijil Penyertaan
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan