LENCANA AHLI PERAHU DAYUNG (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi Kepada Anl Pengakap Muda sebagai mengakui ilmu pengetahuan dalam berdayung dengan menunjukkan kebolehan membaiki kerosakan kecil pada perahu dayung, mengetahui langkah-langkah keselamatan di air, mengetahui kegunaan pelbagai jenis ikatan dan simpulan seperti water bowline, fisherman's bend, round tum and two half hitch dan double sheet bend.



Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:
  1. Berenang 20 meter dengan memakai pakaian lengkap.
  2. Melukis dan menamakan semua bahagian perahu.
  3. Anda perlu:
      1. Mempunyai pengetahuan berhubung dengan perahu dayung dan mengetahui alatan yang patut dibawa serta cara mengatur alatan itu dalam perahu tersebut.
      2. Menunjukkan kebolehan memperbaiki kerosakan kecil pada perahu dayung.
      3. Terangkan kegunaan ikatan berikut:
          1. Tindih Kasih Air (water bowline).
          2. Bunga Geti Berganda (double sheet bend).
          3. Ikatan Pengail ( fisherman's bend).
          4. Lilit Dua Simpul (round turn two half hitches).
      4. Mengawal hujung tali yang pecah dan memperbaiki pecahan itu atau mematikan hujung tali nailon dengan membakarnya.
  4. Mempunyai pengetahuan tentang segala langkah keselamatan bagi menggunakan perahu dayung.
  5. Berdayung seorang diri dan menjalankan latihan seperti berikut –
      1. Mendekatkan perahu ke tembok tinggi, ke tepi pantai dan ke tebing sungai
      2. Berkayuh ke hadapan, ke belakang dan berpusing.
  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Laporan dan gambar anda berenang 20 meter dengan memakai pakaian lengkap.
  4. Anda perlu melukis dan menamakan semua bahagian perahu.
  5. Anda perlu:
      1. Menulis berkenaan dengan perahu dayung dan mengetahui alatan yang patut dibawa serta cara mengatur alatan itu dalam perahu tersebut.
      2. Laporan dan gambar anda menunjukkan kebolehan memperbaiki kerosakan kecil pada perahu dayung.
      3. Dengan menggunakan tali parcel, tunjukkan langkah-langkah mengikat dan terangkan kegunaan ikatan berikut:
          1. Tindih Kasih Air (water bowline).
          2. Bunga Geti Berganda (double sheet bend).
          3. Ikatan Pengail ( fisherman's bend).
          4. Lilit Dua Simpul (round turn two half hitches).
      4. Laporan dan gambar anda menunjukkan cara anda mengawal hujung tali yang pecah dan memperbaiki pecahan itu atau mematikan hujung tali nailon dengan membakarnya.
  6. Menulis berkenaan dengan pengetahuan anda tentang segala langkah keselamatan bagi menggunakan perahu dayung.
  7. Laporan dan gambar anda berdayung seorang diri dan menjalankan latihan seperti berikut–
      1. Mendekatkan perahu ke tembok tinggi, ke tepi pantai dan ke tebing sungai
      2. Berkayuh ke hadapan, ke belakang dan berpusing.
  8. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
  9. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.

FOKUS TUGASAN (1)

Menyiapkan Buku Log
  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
      1. Terangkan kegunaan ikatan berikut:
          1. Tindih Kasih Air (water bowline).
          2. Bunga Geti Berganda (double sheet bend).
          3. Ikatan Pengail ( fisherman's bend).
          4. Lilit Dua Simpul (round turn two half hitches).
      2. Berdayung seorang diri dan menjalankan latihan seperti berikut –
          1. Mendekatkan perahu ke tembok tinggi, ke tepi pantai dan ke tebing sungai
          2. Berkayuh ke hadapan, ke belakang dan berpusing.

FOKUS TUGASAN (2)

Ujian Teori Secara Dalam Talian
  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan