LENCANA AHLI PERHUBUNGAN (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam memahami kaedah perhubungan seperti Semaphore, Kod Morse, Kod 'Q, dan mengetahui peraturan komunikasi yang betul yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).



Pengakap mestilah lulus SEMUA ujian sama ada BAHAGIAN A atau B.

BAHAGIAN A.

  1. Memahami apa itu 'Semaphore' dan kegunaannya. Tahu melakukan isyarat huruf A-Z, Nombor 0-9 dan segala isyarat lain yang penting;
  2. Menghantar dan menerima berita yang senang seperti panggilan kecemasan S.O.S dan sebagainya;
  3. Menghantar dan menerima berita dengan kod 'Morse' dengan menggunakan ‘buzzer’ sejauh 100 meter.

BAHAGIAN B.

  1. Anda perlu:-
      1. Menyimpan Buku Log dalam tempoh 3 bulan berkenaan dengan penerimaan hantaran berita dari 20 stesen amatur yang berlainan menunjukkan butir-butir seperti tarikh, masa, gelaran panggilan, kekuatan signal, pendengaran dan tempat.
      2. Membincangkan dengan Penilai pengalaman Pengakap sendiri berkenaan dengan menyimpan Log misalnya tentang alatan yang digunakankan dan stesen yang jauh sekali dihubungi.
  2. Membincangkan dengan Penilai kegunaan berbagai-bagai gelombang (frequency bands). Mengetahui mana satu gelombang yang patut digunakan untuk menghubungkan beberapa tempat yang dekat dan jauh pada waktu siang dan malam.
  3. Menerangkan kekurang-kurangnya 10 jenis semboyan 'Q' antarabangsa.
  4. Mengetahui peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkenaan dengan sekatan menggunakan perkakas radio ‘walkie-talkie'.

  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya

SEKIRANYA BAHAGIAN A DIPILIH
  1. Laporan dan gambar anda sedang melakukan isyarat 'Semaphore' dan kegunaannya. Tahu melakukan isyarat huruf A-Z, Nombor 0-9 dan segala isyarat lain yang penting;
  2. Laporan dan gambar anda sedang menghantar dan menerima berita yang senang seperti panggilan kecemasan S.O.S dan sebagainya;
  3. Laporan dan gambar anda sedang menghantar dan menerima berita dengan kod 'Morse' dengan menggunakan ‘buzzer’ sejauh 100 meter.

SEKIRANYA BAHAGIAN B DIPILIH
  1. Anda perlu:-
      1. Menyimpan Buku Log dalam tempoh 3 bulan berkenaan dengan penerimaan hantaran berita dari 20 stesen amatur yang berlainan menunjukkan butir-butir seperti tarikh, masa, gelaran panggilan, kekuatan signal, pendengaran dan tempat.
      2. Laporan anda berbincang dengan Penilai pengalaman Pengakap sendiri berkenaan dengan menyimpan Log misalnya tentang alatan yang digunakankan dan stesen yang jauh sekali dihubungi.
  2. Laporan anda berbincang dengan Penilai kegunaan berbagai-bagai gelombang (frequency bands). Mengetahui mana satu gelombang yang patut digunakan untuk menghubungkan beberapa tempat yang dekat dan jauh pada waktu siang dan malam.
  3. Menerangkan kekurang-kurangnya 10 jenis semboyan 'Q' antarabangsa.
  4. Menerangkan peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkenaan dengan sekatan menggunakan perkakas radio ‘walkie-talkie'.

DOKUMENTASI VIDEO
  1. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

SETELAH LULUS LENCANA
  1. Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.

FOKUS TUGASAN (1)

Menyiapkan Buku Log
  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
      1. Menghantar dan menerima berita dengan kod 'Morse' dengan menggunakan ‘buzzer’ sejauh 100 meter; ATAU
      2. Membincangkan kegunaan berbagai-bagai gelombang (frequency bands) dan mengetahui mana satu gelombang yang patut digunakan untuk menghubungkan beberapa tempat yang dekat dan jauh pada waktu siang dan malam.

FOKUS TUGASAN (2)

Ujian Teori Secara Dalam Talian

  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan