LENCANA AHLI PERHUTANAN (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam mengenali pelbagai jenis pokok tempatan, menanam dan memelihara pelbagai jenis pokok dengan mengetahui kaedahnya mengikut peringkat-peringkat tertentu dan membuat kajian berkenaan tumbuhan-tumbuhan tersebut.



Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:

  1. Mengenali 15 jenis pokok tempatan dan juga mengenali pokok-pokok yang lain dengan berpandukan bahan rujukan;

  2. Mengetahui menanam dan memelihara pokok dan tumbuhan-tumbuhan dengan teratur dengan menerangkan tiap-tiap peringkat yang mustahak seperti membatas, merumput, membaja dan lain-lain serta sebab berbuat demikian; memahami akibat akan berlaku kepada pokok dan tumbuhan disebabkan kena api, masalah cuaca dan dibinasakan oleh binatang / serangga;

  3. Menyediakan tapak semaian dengan baja yang sesuai bagi pokok yang ditanam dan mengetahui mengahwin/mencantum pokok;

  4. Mengetahui cara memilih dan menggunakan kapak, menjaganya serta mengetahui peraturan keselamatan berkenaan dengan menggunakan dan menyimpan kapak;

  5. Menebang sebatang pokok, memotong dahan dan ranting serta menyusunnya dengan kemas potongan itu; dan

  6. Membuat kajian tumbuh-tumbuhan di Hutan Simpanan Kerajaan/ Hutan Lipur.



  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya;

  3. Menyenaraikan dan lekatkan gambar 15 jenis pokok tempatan dan juga mengenali pokok-pokok yang lain dengan berpandukan bahan rujukan;

  4. Menerangkan dengan bukti bergambar menanam dan memelihara pokok dan tumbuhan-tumbuhan dengan teratur dengan menerangkan tiap-tiap peringkat yang mustahak seperti membatas, merumput, membaja dan lain-lain serta sebab berbuat demikian; memahami akibat akan berlaku kepada pokok dan tumbuhan disebabkan kena api, masalah cuaca dan dibinasakan oleh binatang / serangga;

  5. Laporan dan gambar anda menyediakan tapak semaian dengan baja yang sesuai bagi pokok yang ditanam dan mengetahui mengahwin/mencantum pokok;

  6. Laporan dan gambar anda menunjukkan cara-cara memilih dan menggunakan kapak, menjaganya serta mengetahui peraturan keselamatan berkenaan dengan menggunakan dan menyimpan kapak;

  7. Laporan dan gambar anda menebang sebatang pokok, memotong dahan dan ranting serta menyusunnya dengan kemas potongan itu; 

  8. Laporan dan gambar anda membuat kajian tumbuh-tumbuhan di Hutan Simpanan Kerajaan/ Hutan Lipur;

  9. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan

  10. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.



FOKUS TUGASAN (1)


Menyiapkan Buku Log
  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
      1. Menyediakan tapak semaian dengan baja yang sesuai bagi pokok yang ditanam dan menunjukkan cara mengahwin/mencantum pokok; dan
      2. Menebang sebatang pokok, memotong dahan dan ranting serta menyusunnya dengan kemas potongan itu.

FOKUS TUGASAN (2)


Ujian Teori Secara Dalam Talian
  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan