LENCANA AHLI PERTAHANAN DIRI (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP MUDA




Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masanya dalam bidang pertahanan diri seperti Seni Silat, Taekwando, Wushu, Salambam dan sebagainya.


Untuk lulus Lencana Ahli Pertahanan Diri seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian seperti berikut:

  1. Menjadi ahli sekurang-kurangnya 6 bulan dalam persatuan seni mempertahankan diri, contohnya, Seni Silat, Kungfu, Karate, Taekwondo, Judo, Akido, Salambam dan sebagainya;

  2. Mengetahui sejarah seni mempertahankan diri yang berkenaan;

  3. Mengetahui prinsip yang terkandung dalam seni mempertahankan diri yang berkenaan;

  4. Mengetahui jenis kekuda, pergerakan asas, jenis tangkisan serta jenis serangan tangan dan kaki; dan

  5. Menunjukkan cara membuat penyerangan serta menangkis serangan dengan menggunakan kemahiran yang dipelajarinya. (One-step Sparring and Free-Sparring).



  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Salinan sijil anda naik gred tali pinggang dalam persatuan seni mempertahankan diri;
  4. Menerangkan secara ringkas, sekiranya ada gambar boleh disertakan berkenaan sejarah seni mempertahankan diri yang berkenaan;
  5. Menerangkan secara ringkas prinsip yang terkandung dalam seni mempertahankan diri yang berkenaan;
  6. Gambar anda sedang melakukan jenis-jenis gerakan (sertakan penerangan) seperti:-
      1. kekuda;
      2. pergerakan asas;
      3. jenis tangkisan; serta
      4. jenis serangan tangan dan kaki;
  7. Gambar anda sedang menunjukkan cara membuat penyerangan serta menangkis serangan dengan menggunakan kemahiran yang dipelajarinya (One-step Sparring and Free-Sparring). (sertakan penerangan sekali);
  8. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan
  9. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.


FOKUS TUGASAN (1)

Menyiapkan Buku Log
  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
      1. Anda sedang melakukan pelbagai jenis kekuda, pergerakan asas, jenis tangkisan serta jenis serangan tangan dan kaki; dan
      2. Anda sendiri sedang menunjukkan cara membuat penyerangan serta menangkis serangan dengan menggunakan kemahiran yang dipelajarinya. (One-step Sparring and Free-Sparring).


FOKUS TUGASAN (2)


Ujian Teori Secara Atas Talian
  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori atas talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan