Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas dengan mengetahui kaedah pemulihan pernafasan, melaporkan kemalangan kepada pihak berkuasa dan mengetahui pelbagai kaedah balutan yang betul.
Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:
- Menerangkan susunan anggota jasmani dan fungsi tiap-tiap satu;
- Mengetahui kedudukan urat nadi dan tahu bagaimana memberhentikan keluaran darah;
- Menunjukkan cara memulihkan seseorang yang terkejut (shock) termasuk yang terkena kejutan elektrik;
- Mengetahui cara menggunakan pembalut tiga segi pada luka di:-
- kepala;
- tangan;
- kaki;
- lutut;
- siku; dan
- balutan bergelung (donut) pada anggota badan.
- Menunjukkan cara mengendali tulang selangka patah dan cara menjaga supaya patah atau disyaki patah itu tidak dapat bergerak-gerak.
- Menunjukkan cara pemulihan pernafasan (CPR/EAR); dan
- Menunjukkan cara menghantar berita kecemasan dengan betul menggunakan lisan, bertulis dan telefon.
- Maklumat diri
- 8-10 orang ahli patrolnya
- Lukis gambar rajah susunan anggota jasmani dan fungsi tiap-tiap satu;
- Lukis gambar rajah kedudukan urat nadi dan menerangkan dengan ayat yang ringkas dan padat bagaimana memberhentikan keluaran darah;
- Menerangkan cara memulihkan seseorang yang terkejut (shock) termasuk yang terkena kejutan elektrik;
- Laporan bergambar yang terdapat gambar anda menunjukkan cara menggunakan pembalut tiga segi pada luka di:-
- kepala;
- tangan;
- kaki;
- lutut;
- siku; dan
- balutan bergelung (donut) pada anggota badan.
- Laporan bergambar yang terdapat gambar anda menunjukkan cara mengendali tulang selangka patah dan cara menjaga supaya patah atau disyaki patah itu tidak dapat bergerak-gerak.
- Gambar anda sendiri menunjukkan cara pemulihan pernafasan kaedah mulut ke mulut (CPR/EAR) dengan menggunakan patung;
- Menerangkan cara menghantar berita kecemasan dengan betul menggunakan lisan, bertulis dan telefon;
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan
- Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
FOKUS TUGASAN (1)
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
- Anda sedang menggunakan pembalut tiga segi membalut luka di:-
- kepala;
- tangan;
- kaki;
- lutut;
- siku; dan
- balutan bergelung (donut) pada anggota badan.
- Menunjukkan cara pemulihan pernafasan (CPR/EAR);
FOKUS TUGASAN (2)
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan