LENCANA AHLI UDARA KELAS II (PENGAKAP MUDA UDARA)


Lencana ini dianugerahkan kepada ahli Pengakap Muda Udara, sebagai mengakui pengetahuan dalam perkara berhubung dengan pengenalan pesawat, teori penerbangan, perhubungan radio telefoni dan pengendalian trafik udara.

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda Udara mestilah lulus Ujian Lencana Keahlian dan Lencana Usaha terlebih dahulu.


Lencana ini dipakai di atas sebelah kiri saku pakaian seragam Pengakap.



Untuk lulus Lencana Ahli Udara Kelas II seseorang Pengakap Muda Udara itu perlu lulus ujian seperti berikut:

PENGENALAN PESAWAT

    1. Mengenali dan menerangkan secara ringkas jenis-jenis pesawat serta perbezaannya, seperti: 
        1. Sayap kaku;
        2. helikopter; dan
        3. mesin udara yang lain.
    2. Mengenali komponen-komponen utama pesawat serta melukis dan melabelkannya.
    3. Menerangkan fungsi-fungsi komponen-komponen pesawat.

TEORI PENERBANGAN

  1. Memahami dan menerangkan prinsip asas aerodinamik dan daya-daya yang terlibat.

  2. Mengenali dan menunjukkan bahagian-bahagian permukaan kawalan dan memahami serta menerangkan paksi-paksi pergerakan pesawat iaitu dongakan (pitch), olengan (roll) dan rewangan (yaw).

  3. Menerangkan bentuk-bentuk berbeza sayap-sayap kepak kaku.

  4. Mengetahui serta menerangkan jenis-jenis asas enjin-enjin pesawat udara.

RADIO TELEFONI

  1. Memberikan sebutan-sebutan fonetik abjad dan nombor bagi komunikasi radio.

  2. Memahami dan menerangkan maksud istilah-istilah asas penerbangan seperti altitude, climb, descent, takeoff, landing, go-around dan sebagainya.

  3.  Menerangkan unit-unit pengukuran yang digunakan dalam penerbangan.

PENGETAHUAN TRAFIK UDARA

  1. Menerangkan bahagian-bahagian kawasan bagi operasi sesebuah lapangan terbang.

  2. Menunjukkan bahagian-bahagian di dalam litar atau circuit  lalu-lintas lapangan terbang.

  3. Mengetahui serta menerangkan fungsi-fungsi komponen-komponen kawalan trafik udara seperti delivery, ramp, ground, tower, approach dan sebagainya.





  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

PENGENALAN PESAWAT

    1. Lukis dan menerangkan secara ringkas jenis-jenis pesawat serta perbezaannya, seperti: 
      1. Sayap kaku;
      2. helikopter; dan
      3. mesin udara yang lain.
    2. Lukis dan labelkan komponen-komponen utama pesawat.
    3. Menerangkan fungsi-fungsi komponen-komponen pesawat berdasarkan kepada gambar rajah yang dilukis dalam buku log.

TEORI PENERBANGAN

  1. Memahami dan menerangkan prinsip asas aerodinamik dan daya-daya yang terlibat serta lukiskan gambar rajah.

  2. Mengenali dan menunjukkan bahagian-bahagian permukaan kawalan dan memahami serta menerangkan paksi-paksi pergerakan pesawat iaitu dongakan (pitch), olengan (roll) dan rewangan (yaw) sertakan gambar rajah.

  3. Lukis dan terangkan bentuk-bentuk berbeza sayap-sayap kepak kaku.

  4. Sertakan gambar dalam buku log anda serta terangkan jenis-jenis asas enjin-enjin pesawat udara.

RADIO TELEFONI

  1. Tuliskan sebutan-sebutan fonetik abjad dan nombor bagi komunikasi radio.

  2. Terangkan maksud istilah-istilah asas penerbangan seperti altitude, climb, descent, takeoff, landing, go-around dan sebagainya.

  3.  Terangkan unit-unit pengukuran yang digunakan dalam penerbangan.

PENGETAHUAN TRAFIK UDARA

  1. Terangkan bahagian-bahagian kawasan bagi operasi sesebuah lapangan terbang.

  2. Lukis gambar rajah dan tunjukkan bahagian-bahagian di dalam litar atau circuit lalu-lintas lapangan terbang.

  3. Berdasarkan kepada gambar terangkan fungsi-fungsi komponen-komponen kawalan trafik udara seperti delivery, ramp, ground, tower, approach dan sebagainya. 

DOKUMENTASI VIDEO

  1. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

SETELAH LULUS LENCANA

  1. Lekatkan salinan sijil lulus lencana dalam buku log.




FOKUS TUGASAN (1)
  1. Menyiapkan Buku Log
    • Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
  2. Mempersembahkan Buku Log
    • Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  3. Ujian lisan
    • Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  4. Ujian Praktikal
    • Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
    • Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan anda sedang memberi penerangan berkenaan:-
        1. Menerangkan prinsip asas aerodinamik dan daya-daya yang terlibat.
        2. Menerangkan unit-unit pengukuran yang digunakan dalam penerbangan.


FOKUS TUGASAN (2)

  1. Ujian Teori Secara Dalam Talian
    • Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
    • Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
    • Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
  2. Markah Lulus
    • Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
    • e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
    • Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
  3. e-Sijil Penyertaan
    • Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan