LENCANA JURU PERPUSTAKAAN (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP MUDA




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam perkara berhubung dengan pelbagai buku-buku yang dibaca, menjilid dan mendaftarkannya untuk rujukan dan sebagainya.



Untuk lulus Lencana Ahli Juru Perpustakaan seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian seperti berikut:

  1. Membaca buku sekurang-kurangnya 12 jenis buah buku dalam tempoh 12 bulan serta menerangkan buku-buku yang dibaca. Senarai tersebut hendaklah mengandungi cerita fiksyen dan tidak fiksyen dengan tidak melebihi 3 buah buku oleh seorang pengarang dan tidak termasuk buku-buku teks sekolah.

ATAU

  1. (a)  Berikan kepada Penilai satu senarai mengandungi buku-buku yang digemarinya dan menerangkan sebab memilih buku tersebut serta menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku itu.
    (b)  Mengetahui apa yang dikatakan Buku Rujukan dan apakah maklumat yang diperolehi.
    (c)  Terangkan secara ringkas cara mengatur dan menyusun buku supaya mudah dicari.


  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

  3. Laporan bergambar anda sedang membaca buku sekurang-kurangnya 12 jenis buah buku dalam tempoh 12 bulan serta menuliskan sinopsis atau ringkasan terhadap buku yang anda baca.

ATAU

  1. a) Gambar anda dan buku serta laporan anda menerangkan sebab memilih buku yang anda gemari serta menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku itu yang dikemukakan oleh penilai.

    b) Menerangkan dalam buku log apa yang dikatakan Buku Rujukan dan apakah maklumat yang diperolehi.

    c) Menerangkan dalam buku log secara ringkas cara mengatur dan menyusun buku supaya mudah dicari; dan

  1. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
  2. Setelah lulus lencana, lekatkan sijil lencana dalam buku log anda.

FOKUS TUGASAN (1)

Menyiapkan Buku Log

  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
      1. Menghuraikan cerita sebuah buku fiksyen; dan
      2. Menghuraikan cerita sebuah buku bukan fiksyen.

FOKUS TUGASAN (2)

Ujian Teori Secara Dalam Talian
  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan