LENCANA JURUMASAK DI KHEMAH (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP MUDA




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam memasak di khemah dengan menunjukkan kemahiran memasak dan menghidangkan pelbagai jenis masakan seperti ikan panggang, bubur, nasi, manisan dan sebagainya.



Untuk lulus Lencana Ahli Jurumasak di Khemah seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian seperti berikut:
  1. Memasak DUA jenis makanan;
  2. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut :
      1. Ikan panggang; atau
      2. Roti berlauk; atau
      3. Bubur.
  3. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut :
      1. Mee rebus / goreng; atau
      2. Ayam / daging masak panggang atau salai; atau
      3. Masakan biasa
  4. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut :
      1. Sejenis makanan manis; atau
      2. Halua buah-buahan; atau
      3. Gula-gula manisan; atau
      4. Lengkong; atau
      5. Manis-manisan yang disediakan atas pilihan sendiri.
  5. Menyediakan DUA jenis menu dengan sukatan sekali untuk satu patrol seramai 6 orang.
  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Laporan bergambar anda sedang memasak DUA jenis makanan;
  4. Laporan bergambar anda sedang memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut:
      1. Ikan panggang; atau
      2. Roti berlauk; atau
      3. Bubur.
  5. Laporan bergambar anda sedang memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut:
      1. Mee rebus / goreng; atau
      2. Ayam / daging masak panggang atau salai; atau
      3. Masakan biasa
  6. Laporan bergambar anda sedang memasak dan menghidangkan dengan sempurna SATU daripada yang berikut:
      1. Sejenis makanan manis; atau
      2. Halua buah-buahan; atau
      3. Gula-gula manisan; atau
      4. Lengkong; atau
      5. Manis-manisan yang disediakan atas pilihan sendiri.
  7. Laporan bergambar anda sedang menyediakan DUA jenis menu dengan sukatan sekali untuk satu patrol seramai 6 orang; 
  8. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan
  9. Setelah lulus lencana. lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.

FOKUS TUGASAN (1)

Menyiapkan Buku Log

  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
      1. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna sama ada ikan panggang atau roti berlauk atau bubur;
      2. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna sama ada mee rebus / goreng atau ayam / daging masak panggang atau salai atau masakan biasa; dan
      3. Memasak dan menghidangkan dengan sempurna pencuci mulut sama ada sejenis makanan manis atau halua buah-buahan atau gula-gula manisan atau lengkong atau manis-manisan yang disediakan atas pilihan sendiri.

FOKUS TUGASAN (2)

Ujian Teori Secara Atas Talian

  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori atas talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan