Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa dia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja (uniform Pengakap).
Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian seperti berikut:
- Peraturan pakaian seragam Pengakap
- Prinsip Rukun Negara
- Lambang Pengakap Malaysia
- Lambang Pengakap Dunia
- Persetiaan Pengakap
- Undang-Undang Pengakap
- Hormat Pengakap
- Cogan Kata Pengakap
- Sejarah Pengakap Malaysia
- Sejarah Pengasas Pengakap, Lord Baden Powell
- Simpulan dan ikatan:
- Buku Sila (Reef knot)
- Bunga Geti (Sheet Bend)
- Simpul Manuk (Clove hitch)
- Tindih kasih (Bowline)
- Lilit Dua Simpul (Round turn & two half hitches)
- Lilit Pemati Biasa (Common whipping)
- Maklumat diri
- Ahli patrol
- Gambar rajah pakaian seragam
- Prinsip Rukun Negara
- Lambang Pengakap Malaysia
- Lambang Pengakap Dunia
- Persetiaan Pengakap
- Undang-Undang Pengakap
- Hormat Pengakap
- Cogan Kata Pengakap
- Sejarah Pengakap Malaysia
- Sejarah Pengasas Pengakap
- Simpulan dan Ikatan
- Boleh menggunakan tali parcel untuk menunjukkan langkah-langkah membuat ikatan. Sekurang-kurangnya mempunyai 3 langkah-langkah membuat ikatan ditampal dalam buku log seperti berikut:
- Buku Sila (Reef knot)
- Bunga Geti (Sheet Bend)
- Simpul Manuk (Clove hitch)
- Tindih kasih (Bowline)
- Lilit Dua Simpul (Round turn & two half hitches)
- Lilit Pemati Biasa (Common whipping)
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
- Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana Keahlian (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
- Pembaharuan Persetiaan Pengakap;
- Nyanyian Lagu Undang-undang Pengakap;
- Bacaan Ikrar Rukun Negara;
- Menunjukkan cara-cara membuat simpulan dan ikatan seperti berikut:
- Buku Sila (Reef knot)
- Bunga Geti (Sheet Bend)
- Simpul Manuk (Clove hitch)
- Tindih kasih (Bowline)
- Lilit Dua Simpul (Round turn & two half hitches)
- Lilit Pemati Biasa (Common whipping)
FOKUS TUGASAN (2)
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan