LENCANA KERIS EMAS (PENGAKAP KANAK-KANAK)




Lencana ini adalah lencana kemajuan yang dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetiaan Pengakap, Rukun Negara, amalan keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. 

Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itu mestilah lulus Lencana Keahlian, satu Lencana Wajib, Lencana Keris Gangsa, 2 Lencana Kepandaian (Kategori Kegemaran), Lencana Keris Perak, 2 Lencana Kepandaian (Kategori Pengetahuan) dan 2 Lencana Kepandaian (Kategori Perkhidmatan) terlebih dahulu.
Lencana dipakai pada lengan kanan kemeja (uniform Pengakap). Lencana Lencana Keris Perak perlu ditanggalkan untuk memberi ruang pemakaian lencana ini.



Untuk lulus Lencana Keris Emas, seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut:

BAHAGIAN KESETIAAN

  1. Menyanyi 2 buah lagu patriotik;

  2. Mengenali Jata Negara dan lambang Negeri Selangor;

  3. Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan;

  4. Mengetahui nama penuh dan mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara;

  5. Mengamalkan ajaran agama masing-masing.

BAHAGIAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN

  1. Mengetahui 5 peraturan hidup sihat dan bahagia;

  2. Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya;

  3. Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan;

  4. Mengetahui bagaimana membuat anduh (kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki);

  5. Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari media, surat khabar, majalah atau internet yang mempunyai mesej: Anti Dadah atau Bahaya Merokok atau Keracunan Makanan.

 BAHAGIAN KECEKAPAN

  1. Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak dan seterusnya mengetahui perintah “Langkah ke Sebelah”, “Cepat Jalan”, “Berhenti”, “Hormat”;

  2. Mengetahui latihan asas ala komando: merangkak di bawah jala / jaring, bergayut pada tali, meniti kayu, bergayut monyet;

  3. Mengukuhkan kemahiran ikatan: Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan Simpul Sentak (Keris Perak) dan mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul;

  4.  Demontrasi mendiri dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam sekawan.

BAHAGIAN PENYERTAAN

    1. Mengetahui 5 jenis pokok hutan dan kegunaannya kepada manusia;
    2. Membuat satu perkara berikut:
        1. Kotak simpan alat pertolongan cemas atau kotak untuk menabung;
        2. Membuat patung satu menjadi puppet;
        3. Membuat layang-layang; atau
        4. Membaiki mainan kanak-kanak yang menggunakan bateri.
    3. Menyanyi 2 lagu Pengakap.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN

  1. Bersama sekawan membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam;

  2. Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti / Perkhemahan;

  3. Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri.




    1. Maklumat diri
    2. Ahli 6 Sekawan                                    
    3. Menulis 2 lirik lagu patriotik;
    4. Melukis Jata Negara dan Lambang Negeri Selangor dan menulis maksud lambang tersebut;
    5. Nama penuh dan gambar:
        1. Ahli Parlimen yang mewakili kawasan sekolah anda;
        2. Ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili kawasan sekolah anda;
        3. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor;
        4. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara;
    6. Menulis rukun sembahyang agama masing-masing;
    7. Menulis 5 peraturan hidup sihat dan bahagia;
    8. Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya;
    9. Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan;
    10. Gambar anda sedang membuat anduh (kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki);
    11. Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari media, surat khabar, majalah atau internet yang mempunyai mesej: Anti Dadah atau Bahaya Merokok atau Keracunan Makanan.
    12. Gambar anda sedang melakukan latihan asas perbarisan;
        1. Sedia;
        2. Senang diri;
        3. Rehatkan Diri;
        4. Ke kanan Lurus;
        5. Pandang Depan;
        6. Buka Barisan; 
        7. Tutup Barisan;
        8. Langkah ke sebelah "Dua Langkah ke kiri gerak"
        9. Cepat Jalan;
        10. Berhenti; 
        11. Hormat.
    13. Gambar anda sedang melakukan latihan asas ala komando;
    14. Dengan menggunakan tali parcel dengan menunjukkan langkah-langkah membuat ikatan dan nyatakan kegunaannya bagi simpulan dan ikatan: 
        1. Buku Sila;
        2. Bunga Geti;
        3. Simpul Sentak;
        4. Tindih Kasih;
        5. Simpul Manuk; dan
        6. Lilit Dua Simpul.
    15. Gambar anda bersama sekawan sedang melakukan demontrasi mendiri dan menurunkan khemah serta melipat khemah tersebut;
    16. Menyenaraikan 5 jenis pokok hutan berserta gambar dan kegunaannya kepada manusia;
    17. Laporan bergambar bagi salah satu yang berikut:
        1. Kotak simpan alat pertolongan cemas atau kotak untuk menabung;
        2. Membuat patung satu menjadi puppet;
        3. Membuat layang-layang; atau
        4. Membaiki mainan kanak-kanak yang menggunakan bateri.
    18. Menulis lirik 2 lagu Pengakap;
    19. Laporan bergambar anda bersama sekawan membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam;
    20. Laporan bergambar anda membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti / Perkhemahan;
    21. Anda perlu melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri; dan
    22. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
    23. Setelah lulus lencana, lekatkan sijil lencana dalam buku log anda.





FOKUS TUGASAN (1)

  1. Menyiapkan Buku Log
    • Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
  2. Mempersembahkan Buku Log
    • Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  3. Ujian lisan
    • Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  4. Ujian Praktikal
    • Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
    • Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
        1. Anda perlu menyanyi 2 lagu patriotik dan 2 lagu Pengakap;
        2. Anda perlu menunjukkan bagaimana membuat anduh: 
            1. Kepala;
            2. Tangan/Lengan,
            3. Tapak tangan;
            4. Lutut; dan 
            5. Kaki.
        3. Anda sedang membuat latihan asas kawad kaki seperti:
            1. Sedia;
            2. Senang diri;
            3. Rehatkan Diri;
            4. Ke kanan Lurus;
            5. Pandang Depan;
            6. Buka Barisan; 
            7. Tutup Barisan;
            8. Langkah ke sebelah "Dua Langkah ke kiri gerak"
            9. Cepat Jalan;
            10. Berhenti; 
            11. Hormat.
        4. Membuat simpulan dan ikatan serta memberitahu kegunaan simpulan dan ikatan tersebut bagi ikatan:
            1. Buku Sila;
            2. Bunga Geti;
            3. Simpul Sentak;
            4. Simpul Tindih Kasih;
            5. Simpul Manuk; dan
            6. Lilit Dua Simpul.
        5. Anda bersama sekawan membersihkan kawsan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam; dan
        6. Cara-cara membalut luka di tapak tangan, lengan dan kepala menggunakan pembalut segitiga dan membuat anduh pada tangan.




FOKUS TUGASAN (2)

Ujian Teori Secara Dalam Talian
  1. Anda perlu menonton 5 video dan menjawab 50 soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor berpandukan kepada video tersebut.
  2. Sila klik link server di bawah seperti yang dinyatakan dalam e-mel anda.
  3. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan E-MEL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini. Pastikan alamat e-mel yang anda taip adalah betul dan e-mel masih aktif serta boleh digunakan.
  4. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80% (bagi aliran perdana) dan 60% (bagi aliran pendidikan khas).
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan secara automatik ke e-mel yang ada telah masukkan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% ke atas (bagi aliran perdana) dan 60% ke atas (bagi aliran pendidikan khas).
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
  4. Anda dinasihatkan untuk melakukan sekali sahaja percubaan sekiranya anda telah mencapai markah lulus yang dikehendaki dalam perenggan 2 markah lulus.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.






Catat Ulasan

0 Ulasan