LENCANA KERIS PERAK (PENGAKAP KANAK-KANAK)

 



Lencana ini adalah lencana kemajuan yang dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetiaan Pengakap, Rukun Negara, amalan keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itu mestilah lulus Lencana Keahlian, satu Lencana Wajib, Lencana Keris Gangsa dan 2 Lencana Kepandaian (Kategori Kegemaran) terlebih dahulu.
Lencana ini dipakai pada lengan kanan kemeja (uniform Pengakap). Lencana Keris Gangsa perlu ditanggalkan untuk memberi ruang pemakaian lencana ini.



Untuk lulus Lencana Keris Perak seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut:

BAHAGIAN KESETIAAN

  1. Orang kenamaan/Sultan/Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Besar Selangor

  2. Pesuruhjaya Daerah

  3. Rukun Sembahyang agama masing-masing

BAHAGIAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN

  1. Cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran

  2. Mengetahui faedah senaman

  3. Cara memberhentikan darah keluar dari hidung

  4. Bahaya eletrik dan gas

  5. Isi kandungan Peti Pertolongan Cemas

 BAHAGIAN KECEKAPAN

  1. Mengukuhkan latihan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan di tambah dengan Buka Barisan dan Tutup Barisan)

  2. Ikatan Buku Sila/Bunga Geti/Simpul Manuk

  3. Memasang, mengibar, menurun, melipat bendera

BAHAGIAN PENYERTAAN

  1. 5 jenis haiwan dan sifat khususnya

  2. Cara tumbuhan mendapatkan makanan

  3. Cara mengelakkan makanan tercemar

  4. Asas penggunaan komputer

  5. Penggunaan telefon awam

BAHAGIAN PERKHIDMATAN

  1. Mengetahui dan memahami isyarat wisel

  2. Syarahan atau ceramah

  3. Memberikan pertolongan di air dengan alatan.




  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Nama penuh dan gambar:

        1. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong;
        2. DYMM Raja Permaisuri Agong;
        3. DYMM Sultan Selangor;
        4. DYMM Tengku Permaisuri Selangor;
        5. YAB Perdana Menteri Malaysia;
        6. YAB Menteri Besar Selangor;
        7. Pesuruhjaya Pengakap Daerahnya.
  4. Menulis rukun sembahyang agama masing-masing;

  5. Cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran;

  6. Mengetahui faedah senaman;

  7. Cara memberhentikan darah keluar dari hidung;

  8. Bahaya eletrik dan gas;

  9. Gambar dan penerangan isi kandungan Peti Pertolongan Cemas;

  10. Gambar anda sedang melakukan latihan asas perbarisan;

  11. Simpulan dan ikatan Buku Sila, Bunga Geti dan Simpul Sentak menggunakan tali parcel dengan menunjukkan langkah-langkah membuat ikatan dan nyatakan kegunaannya;

  12. Gambar anda memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera;

  13. Gambar 5 haiwan dan terangkan sifat-sifatnya;

  14. Menerangkan cara tumbuhan mendapatkan makanan;

  15. Gambar cara mengelakkan makanan tercemar;

  16. Menerangkan asas penggunaan komputer;

  17. Menerangkan cara-cara penggunaan telefon awam;

  18. Menerangkan cara-cara isyarat wisel;

  19. Menghadiri ceramah dan membuat catatan;

  20. Gambar rajah memberi pertolongan cemas kepada seseorang di air dengan menggunakan peralatan.

  21. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  22. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.





FOKUS TUGASAN (1)

  1. Menyiapkan Buku Log
    • Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
  2. Mempersembahkan Buku Log
    • Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  3. Ujian lisan
    • Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  4. Ujian Praktikal
    • Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
    • Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
        1. Anda sedang membuat latihan asas kawad kaki seperti:
            1. Sedia;
            2. Senang diri;
            3. Rehatkan Diri;
            4. Ke kanan Lurus;
            5. Pandang Depan;
            6. Buka Barisan; dan
            7. Tutup Barisan.
        2. Membuat demonstrasi senaman memanaskan badan (warming up) dan beberapa senaman ringkas;
        3. Membuat simpulan dan ikatan serta memberitahu kegunaan simpulan dan ikatan tersebut bagi ikatan:
        4. Buku Sila;
        5. Bunga Geti; dan
        6. Simpul Sentak.
        7. Membuat demonstrasi meniup isyarat wisel;
        8. Cara memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera.





FOKUS TUGASAN (2)

Ujian Teori Secara Dalam Talian
  1. Anda perlu menonton 5 video dan menjawab 50 soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor berpandukan kepada video tersebut.
  2. Sila klik link server di bawah seperti yang dinyatakan dalam e-mel anda.
  3. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan E-MEL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini. Pastikan alamat e-mel yang anda taip adalah betul dan e-mel masih aktif serta boleh digunakan.
  4. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80% (bagi aliran perdana) dan 60% (bagi aliran pendidikan khas).
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan secara automatik ke e-mel yang ada telah masukkan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% ke atas (bagi aliran perdana) dan 60% ke atas (bagi aliran pendidikan khas).
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
  4. Anda dinasihatkan untuk melakukan sekali sahaja percubaan sekiranya anda telah mencapai markah lulus yang dikehendaki dalam perenggan 2 markah lulus.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.






Catat Ulasan

0 Ulasan