LENCANA KOLEKSI HOBI (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP MUDA


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana Pengakap dan sebagainya.

Untuk lulus Lencana Ahli Koleksi Hobi seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian seperti berikut:

  1. Mengumpul, menyusun dan mengatur dengan kemas dan menarik satu jenis barang dalam tempoh yang tidak kurang daripada 6 bulan, seperti berikut:-
      1. Setem;
      2. Kotak mancis;
      3. Duit syiling;
      4. Cengkerang;
      5. Penutup botol dan lain-lain;
  2. Mengetahui serba sedikit berkenaan benda yang dikumpul itu; membincangkan dengan penilai sebab barang itu dipilih dan dikumpul;
  3. Mengumpul/menyimpan 4 barang Pengakap berikut:-
      1. Skaf Pengakap;
      2. Lencana Pengakap (kain/logam)
      3. Wogel;
      4. Topi (peak cap);
      5. Tali pinggang;
      6. Kemeja-T;
      7. Sampul Surat Hari Pertama Jambori;
      8. Majalah Pengakap.


  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

  3. Gambar-gambar anda bersama koleksi hobi anda;

  4. Laporan berkenaan dari mana anda memperolehi sumber-sumber bagi melengkapkan koleksi hobi anda;

  5. Gambar-gambar anda bersama koleksi 4 barangan Pengakap anda;

  6. Laporan berkenaan dari mana anda memperolehi barangan Pengakap tersebut;

  7. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan

  8. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.




FOKUS TUGASAN (1)

Menyiapkan Buku Log
  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
      1. Koleksi hobi anda; dan
      2. Cara penyimpanan barangan koleksi hobi anda.


FOKUS TUGASAN (2)


Ujian Teori Secara Dalam Talian
  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan