Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Kuartermaster dengan menunjukkan kebolehan menjaga peralatan perkhemahan, menyimpan rekod dan menilai barangan berkenaan.
Melakukan Kumpulan Ujian A ATAU Kumpulan Ujian B.
KUMPULAN UJIAN A
- Telah membantu Kuartermaster Pasukan dengan baiknya dalam tempoh selama enam bulan.
- Mengetahui dan bersedia menunjukkan :–
- Cara menjaga tali-menali membuat pemecut, mematikan hujung tali, menganyam, memintal, melingkar, memeriksa dan menyimpannya;
- Cara menjaga khemah memperbaiki tali penarik, menampal/menjahit koyak kecil, mengalis supaya tahan hujan, memeriksa dan menyimpannya;
- Cara menjaga alatan : mengasah, membaiki, membersihkan, memeriksa dan menyimpannya.
- Mengetahui dan menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan keluar dan masuk segala alatan Kumpulan.
- Mengetahui dan bersedia menunjukkan :-
- Cara menyimpan alatan kegunaan Pengakap
- Cara menyimpan dengan menggunakan sistem warna nombor atau lain-lain KOD berkenaan dengan barang-barang pekerjaan tangan bagi kegunaan Pengakap.
- Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alatan pandang dengar Kumpulan seperti model, carta dinding, bahan lukisan, kertas lukisan.
- Mengetahui cara menilai barang dan harga barang yang hendak di beli.
KUMPULAN UJIAN B
- Telah membantu Kuartermaster dalam satu perkhemahan Pasukan Pengakap atau PEK bercuti Pengakap Kanak-Kanak dengan baiknya selama lima hari.
- Bersedia menunjukkan cara menjaga semua alatan perkhemahan :-
- Tali-menali : melingkar dan menggulung, memeriksa dan menyimpan.
- Khemah : memperbaiki tali penarik dan menjahit khemah terkoyak dengan serta merta dalam masa kecemasan dan memeriksa khemah.
- Alatan : mengasah, membersih, memeriksa dan menyimpan.
- Alatan Masak :membersih, memeriksa dan menyimpan.
- Menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan keluar dan masuk alatan dalam perkhemahan;
- Menunjukkan cara menjaga semua alat khas dalam perkhemahan seperti pakaian seragam, alatan mengembara, alatan mendaki bukit/gunung dan perahu;
- Menunjukkan satu daftar makanan dalam perkhemahan selama 48 jam dan bersedia membincangkan daftar makanan itu dengan Penilai;
- Menerangkan Cara mengendalikan penyimpanan barang makanan dalam perkhemahan;
- Menunjukkan satu senarai alatan yang perlu dibawa bagi satu perkhemahan dan bagaimana memperbaiki alatan itu dengan segera dalam masa kecemasan. Buktikan sebab tiap alat itu perlu dibawa.
- Mengetahui bahawa kebersihan pada keseluruhannya adalah kunci kejayaan seseorang Kuartermaster. Menerangkan bagaimana dapat dicapai dalam urusan perkhemahan sebagai pembantu KM.
- Maklumat diri
- 8-10 orang ahli patrolnya
SEKIRANYA KUMPULAN UJIAN A DIPILIH
- Laporan dan gambar anda membantu Kuartermaster Pasukan dengan baiknya dalam tempoh selama enam bulan.
- Laporan dan gambar anda menunjukkan :–
- Cara menjaga tali-menali membuat pemecut, mematikan hujung tali, menganyam, memintal, melingkar, memeriksa dan menyimpannya;
- Cara menjaga khemah memperbaiki tali penarik, menampal/menjahit koyak kecil, mengalis supaya tahan hujan, memeriksa dan menyimpannya;
- Cara menjaga alatan : mengasah, membaiki, membersihkan, memeriksa dan menyimpannya.
- Laporan dan gambar anda menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan keluar dan masuk segala alatan Kumpulan.
- Laporan dan gambar anda menunjukkan :-
- Cara menyimpan alatan kegunaan Pengakap
- Cara menyimpan dengan menggunakan sistem warna nombor atau lain-lain KOD berkenaan dengan barang-barang pekerjaan tangan bagi kegunaan Pengakap.
- Laporan dan gambar anda menunjukkan cara menjaga dan menyimpan alatan pandang dengar Kumpulan seperti model, carta dinding, bahan lukisan, kertas lukisan.
- Menerangkan cara menilai barang dan harga barang yang hendak di beli.
SEKIRANYA KUMPULAN UJIAN A DIPILIH
- Laporan dan gambar anda membantu Kuartermaster dalam satu perkhemahan Pasukan Pengakap atau PEK bercuti Pengakap Kanak-Kanak dengan baiknya selama lima hari.
- Laporan dan gambar anda menunjukkan cara menjaga semua alatan perkhemahan :-
- Tali-menali : melingkar dan menggulung, memeriksa dan menyimpan.
- Khemah : memperbaiki tali penarik dan menjahit khemah terkoyak dengan serta merta dalam masa kecemasan dan memeriksa khemah.
- Alatan : mengasah, membersih, memeriksa dan menyimpan.
- Alatan Masak : membersih, memeriksa dan menyimpan.
- Laporan dan gambar anda menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan keluar dan masuk alatan dalam perkhemahan;
- Laporan dan gambar anda menunjukkan cara menjaga semua alat khas dalam perkhemahan seperti pakaian seragam, alatan mengembara, alatan mendaki bukit/gunung dan perahu;
- Laporan dan gambar anda menunjukkan satu daftar makanan dalam perkhemahan selama 48 jam dan bersedia membincangkan daftar makanan itu dengan Penilai;
- Laporan dan gambar anda menunjukkan cara mengendalikan penyimpanan barang makanan dalam perkhemahan;
- Laporan dan gambar anda menunjukkan satu senarai alatan yang perlu dibawa bagi satu perkhemahan dan bagaimana memperbaiki alatan itu dengan segera dalam masa kecemasan. Buktikan sebab tiap alat itu perlu dibawa.
- Menulis penerangan bahawa kebersihan pada keseluruhannya adalah kunci kejayaan seseorang Kuartermaster. Menerangkan bagaimana dapat dicapai dalam urusan perkhemahan sebagai pembantu KM.
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
- Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
FOKUS TUGASAN (1)
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
- Cara menjaga alatan (kapak dan parang) : mengasah, membaiki, membersihkan, memeriksa dan menyimpannya;
- Cara menjaga alatan memasak (messtin, dapur, sudip dan lain-lain) : mengasah, membaiki, membersihkan, memeriksa dan menyimpannya;
FOKUS TUGASAN (2)
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori atas talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan