Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah menyempurnakan hasil tanaman sendiri yang ringkas di dalam pasu atau hidroponik sebagai hasil peladang kecil. Hasil tanaman mestilah teratur dan berhasil dengan kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasilnya.
Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan dan berkebun dengan kaedah yang betul.
Contoh peladang kecil yang boleh dijalankan (cadangan):
Menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas
Menyediakan batas untuk sayuran dan membaja semasa penyediaan batas
Menyediakan tapak semaian hidroponik dan menanam pokok dengan menggunakan kaedah hidroponik, menjaga dan membaja.
Menjaga tanaman sayuran / keratan batang / raizom di batas dan membaja
Membuat junjung bagi pokok sayuran yang memanjat seperti timun dan kekacang
Menjaga pokok buah-buahan dan mengetahui serba sedikit tentang baja dan racun
Menanam pokok-pokok ubi seperti keledek
Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam
Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar
Mendengar ceramah daripada pegawai pertanian atau guru Sains Pertanian berkenaan isu-isu pertanian.
Maklumat diri
Ahli 6 Sekawan
Gambar-gambar penyediaan tempat sama ada tempat tanaman atau tempat ternakan haiwan;
Gambar-gambar anda membaja tanaman atau memberi makanan kepada haiwan ternakan;
Penerangan dari mula proses penyediaan tempat sehingga mengeluarkan hasil;
Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lulus lencana dan salinan sijil kursus atau ceramah pertanian dalam buku log anda.
FOKUS TUGASAN (1)
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
- Cara penyediaan tapak tanaman, menanam, menjaga dan membaja tanaman (sekiranya anda memilih untuk menanam tanam seperti sayur dan sebagainya);
- Cara penyediaan tempat ternakan, menjaga dan memberi makan haiwan ternakan tersebut (sekiranya anda memilih untuk memelihara haiwan ternakan atau ikan air tawar).
FOKUS TUGASAN (2)
Ujian Teori Secara Dalam Talian
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.

0 Ulasan