LENCANA PELADANG MUDA (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP MUDA




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam bidang pertanian di antaranya pengurusan kawasan kebun, memelihara ternakan dalam tempoh tidak kurang setahun.



Untuk lulus Lencana Peladang Muda seseorang Pengakap Muda mesti LULUS semua ujian dalam SATU Kumpulan A, B, C atau D berikut:

KUMPULAN A
  1. Mengetahui cara pengurusan suatu pusat ternakan di kawasan luar bandar atau desa;
  2. Menunjuk cara pengelolaan harian bagi sesuatu pusat ternakan dengan memberi penerangan berkenaan jenis ternakan, tanaman dan hasilnya, jentera yang digunakan dan tenaga pekerja di pusat tersebut.
      1. Menghuraikan kepada Penilai perubahan pengelolaan yang berlaku di pusat ternakan di kawasan serta beri sebab perubahan itu dibuat. Melakukan latihan praktik di suatu pusat ternakan yang baru ditubuhkan.
      2. Mengadakan 12 keping gambar yang diambil sendiri di pusat ternakan pilihannya dengan menunjukkan sekurang-kurangnya 8 jenis kerja musim dalam setahun serta memberi penerangan ringkas mengenai gambar-gambar itu.

KUMPULAN B
  1. Menanam dengan jayanya di suatu kawasan seluas sekurang-kurangnya 11 meter persegi selama setahun, 3 jenis pokok bunga yang tahan lama, 3 jenis sayuran. 3 jenis pokok bebawang, rumput-rampai atau pokok ros (sebagai pilihan B jenis sayuran boleh ditanam);
  2. Menerangkan kepada Penilai, berbagai kerja yang telah dijalankan dalam kebun itu dan hasil yang telah diperolehi.

KUMPULAN C
  1. Memelihara ternakan dalam tempoh setahun seperti berikut:-Bagi binatang kecil seperti anjing, kucing, arnab, tikus, kura-kura dan seumpamanya, Pengakap perlu mengerti tentang tabiat, kelakuan binatang itu dan cara memberi makan dan menyediakan kandang atau sangkarnya;
  2. Bagi binatang ternakan seperti kuda, lembu, kambing atau kambing biri-biri, Pengakap perlu mengerti tentang memberi makan, menyediakan kandangnya, tabiat dan kelakuannya serta mengetahui kegunaan binatang itu dari segi ekonomi (seperti menjual susunya) dan pengangkutan.
  3. Jika binatang itu unggas:-
      1. Burung belaan bersangkar: mengetahui menjaganya.
      2. Burung yang boleh dimakan seperti ayam, punai atau merpati: mengetahui menjaganya.

KUMPULAN D
  1. Mengadakan dan menjaga sebuah akuarium ikan air tawar, lengkap dengan rumput-rampainya, yang mengandungi sekurang-kurangnya 3 jenis ikan.
  2. Menerangkan kepada Penilai cara menjaga akuarium itu sepanjang tahun khasnya tentang masalah yang terdapat.



  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya

KUMPULAN A
  1. Laporan dengan gambar anda. Laporan hendaklah menerangkan cara pengelolaan harian bagi sesuatu pusat ternakan dengan memberi penerangan berkenaan jenis ternakan, tanaman dan hasilnya, jentera yang digunakan dan tenaga pekerja di pusat tersebut.

ATAU

KUMPULAN B
  1. Laporan dengan gambar anda. Laporan hendaklah menerangkan berbagai kerja yang telah dijalankan dalam kebun bagi 3 jenis pokok bunga yang tahan lama, 3 jenis sayuran. 3 jenis pokok bebawang, rumput-rampai atau pokok ros.

ATAU

KUMPULAN C
  1. Laporan dengan gambar anda. Laporan hendaklah menerangkan cara pengelolaan harian bagi sesuatu binatang ternakan tentang tabiat, kelakuan binatang itu dan cara memberi makan dan menyediakan kandang atau sangkarnya.

ATAU

KUMPULAN D
  1. Laporan dengan gambar anda. Laporan hendaklah menerangkan cara menjaga sebuah akuarium ikan air tawar, lengkap dengan rumput-rampainya, yang mengandungi sekurang-kurangnya 3 jenis ikan dan menerangkan masalah yang dihadapi sepanjang menjaga habitat tersebut.

DOKUMENTASI
  1. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
  2. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.


FOKUS TUGASAN (1)
Menyiapkan Buku Log
  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:

KUMPULAN A
  1. Menunjuk cara pengelolaan harian bagi sesuatu pusat ternakan dengan memberi penerangan berkenaan jenis ternakan, tanaman dan hasilnya, jentera yang digunakan dan tenaga pekerja di pusat tersebut.
ATAU

KUMPULAN B
  1. Menerangkan berbagai kerja yang telah dijalankan dalam kebun bagi 3 jenis pokok bunga yang tahan lama, 3 jenis sayuran. 3 jenis pokok bebawang, rumput-rampai atau pokok ros.
ATAU

KUMPULAN C
  1. Menunjuk cara pengelolaan harian bagi sesuatu binatang ternakan tentang tabiat, kelakuan binatang itu dan cara memberi makan dan menyediakan kandang atau sangkarnya.
ATAU

KUMPULAN D
  1. Menunjukkan cara menjaga sebuah akuarium ikan air tawar, lengkap dengan rumput-rampainya, yang mengandungi sekurang-kurangnya 3 jenis ikan dan menerangkan masalah yang dihadapi sepanjang menjaga habitat tersebut.

FOKUS TUGASAN (2)

Ujian Teori Secara Atas Talian
  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori atas talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan