Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah melukis dengan minat dan berkebolehan sebagai anak seni dengan hasil yang kemas dan cantik dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasilnya.
Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul, membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik.
Pilih 4 sahaja daripada cadangan di bawah:
Melukis dengan apa-apa bahan lukis SATU watak dari buku "Cerita Hutan" (The Jungle Book) karangan Rudyard Kipling;
Melukis pelangi dan menamakan warnanya dan satu rajah roda warwa yang mengandungi warna perdana (primary colours) dan warna sekunder (secondary colour);
Menunjukkan cara pengadunan warna cecair (water colour) dari warna perdana kepada warna sekunder;
Melukis 1 gambaran pristiwa;
Membuat kad ucapan selamat untuk salah satu perayaan di Malaysia ;
Pilih 1 kegiatan di bawah:
- Membuat 1 rekaan corak daripada bahan terbuang seperti cetakan, kolaj, hiasan dinding dan sebagainya;
- Membentuk 1 binaan daripada bahan terbuang seperti arca, asemblaj, anyaman asas dan sebagainya;
- Memperkenalkan kraf tradisional seperti lukisan, ukiran dan sebagainya.
Menunjukkan kepada Pemimpin 1 buku lukisan yang mesti mempunyai 20 lukisan daripada pelbagai jenis.
Maklumat diri
Ahli 6 Sekawan
Lukisan SATU watak dari buku "Cerita Hutan";
Gambar-gambar cara pengadunan warna cecair (water colour) dari warna perdana kepada warna sekunder;
Melukis pelangi dan menamakan warnanya dan satu rajah roda warwa yang mengandungi warna perdana (primary colours) dan warna sekunder (secondary colour);
KAD UCAPAN bertemakan cerita sambutan HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA.
Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
Setelah lulus lencana ini, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
- Menghasilkan satu KAD UCAPAN bertemakan cerita sambutan HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA.
- Menunjuk dan menerangkan cara pengadunan warna cecair (water colour) dari warna perdana kepada warna sekunder.
- Cara penghasilan satu bahan lukisan GAMBARAN WATAK dari cerita “The Jungle Book” karya Rudyard Kipling. Calon boleh memilih watak berdasarkan senarai di bawah.
- Akela
- Bagheera
- Baloo
- Adek Kelabu
- Mowgli
- Shere Khan
Ujian Teori Secara Dalam Talian
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan