Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintai alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi, kawasan sekolah dan mengamalkan kaedah kitar semula.
Pilih 3 sahaja daripada senarai di bawah:
- Menyatakan dengan bantuan gambar rajah, apakah yang dikatakan dengan:
- “Alam Sekitar”;
- “Kitaran Oksigen”; atau
- “Kitaran Air”.
- Lukiskan beberapa gambar rajah tentang bagaimana cahaya, air, udara, mineral (galian), tumbuhan dan haiwan menghasilkan makanan kepada manusia;
- Merancang keluar mengembara ke satu kawasan lapang bersama sekawan:
- Senaraikan nama benda-benda yang ditemui (haiwan, tumbuhan, benda-benda hidup);
- 8 jenis binatang yang ditemui dan kelaskan (Mamalia, Reptilia, Burung aau Unggas); dan
- Tulis maklumat mengenai pokok-pokok yang ditemui.
- Menerangkan kejadian hujan, menunjukkan carta cuaca untuk tempoh 2 minggu dan terangkan apakah kesannya terhadap alam sekitar;
- Menerangkan sekurang-kurangnya 6 maklumat yang dipetik dari akhbar atau majalah atau internet mengenai berita semasa yang menjadi masalah kepada manusia berkaitan dengan pencemaran alam sekitar;
- Menyediakan buku skrap mengenai SATU perkara berikut dan nyatakan punca menyebabkan pencemaran:
- Pembuangan bahan sisa kilang;
- Pembuangan sampah sarap;
- Pembuangan bangkai; atau
- Pembuangan atau tumpahan minyak.
- Mengambil bahagian dalam SATU aktiviti berikut:
- Memberi perkhidmatan sukarela memelihara alam sekitar seperti membersihkan kawasan sekolah, taman rekreasi kanak-kanak, kawasan perumahan; atau
- Memelihara pokok atau berkebun di kawasan rumah sendiri atau kawasan sekolah.
Maklumat diri
Ahli 6 Sekawan
Penerangan dengan bantuan gambar rajah maksud "alam sekitar" atau "kitaran oksigen" atau "kitaran air";
Melukis beberapa gambar rajah tentang bagaimana cahaya, air, udara, mineral (galian), tumbuhan dan haiwan menghasilkan makanan kepada manusia;
Menyenaraikan benda-benda hidup (haiwan, tumbuhan, benda-benda hidup) dan mengklasifikasikan 8 jenis binatang ke dalam kelasnya (Mamalia, Reptilia, Burung aau Unggas);
Gambar-gambar dan laporan ringkas berkenaan perkhidmatan sukarela memelihara alam sekitar seperti membersihkan kawasan sekolah atau taman rekreasi kanak-kanak atau kawasan perumahan;
Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
- Contoh benda-benda hidup (haiwan, tumbuhan, benda-benda hidup) dan mengklasifikasikan 8 jenis binatang ke dalam kelasnya (Mamalia, Reptilia, Burung aau Unggas); dan
- Memberi perkhidmatan sukarela memelihara alam sekitar seperti membersihkan kawasan sekolah atau taman rekreasi kanak-kanak atau kawasan perumahan.
Ujian Teori Secara Dalam Talian
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan