Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda Udara mestilah lulus Ujian Lencana Keahlian dan Lencana Usaha terlebih dahulu.
Lencana ini dipakai pada lengan sebelah kiri pakaian seragam Pengakap.
Untuk lulus Lencana ini seseorang Pengakap Muda Udara itu perlu lulus semua ujian seperti berikut:
- Membincangkan pelbagai instrumen di atas Instrument Panel sesebuah pesawat.
- Melakukan prosedur menghidupkan enjin pesawat dan perlepasan, menerbangkan satu circuit serta mendaratkan pesawat. Penerbang perlu menggunakan flaps, retractable landing gear dan sebagainya jika terdapat di dalam simulator.
- Melakukan perlepasan dan melaksanakan 2 penerbangan merentas desa dan mendarat di lapangan terbang yang sama atau berlainan.
- Melakukan perlepasan dan manoeuvre yang berikut:
- Turn terkawal ke kiri dan ke kanan, climb ke aras yang ditentukan dan descent ke aras yang ditentukan.
- Melakukan stall recovery, steep turn dan emergency descent.
- Manoeuvre lain yang difikirkan perlu.
- Maklumat diri
- 8-10 orang ahli patrolnya
- Berdasarkan gambar huraikan pelbagai instrumen di atas Instrument Panel sesebuah pesawat.
- Laporan bergambar anda sedang melakukan prosedur menghidupkan enjin pesawat dan perlepasan, menerbangkan satu circuit serta mendaratkan pesawat. Penerbang perlu menggunakan flaps, retractable landing gear dan sebagainya jika terdapat di dalam simulator.
- Laporan bergambar anda sedang melakukan perlepasan dan melaksanakan 2 penerbangan merentas desa dan mendarat di lapangan terbang yang sama atau berlainan.
- Laporan bergambar anda sedang melakukan perlepasan dan manoeuvre yang berikut:
- Turn terkawal ke kiri dan ke kanan, climb ke aras yang ditentukan dan descent ke aras yang ditentukan.
- Melakukan stall recovery, steep turn dan emergency descent.
- Manoeuvre lain yang difikirkan perlu.
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
- Lekatkan salinan sijil kursus dalam buku log anda.
- Menyiapkan Buku Log
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Mempersembahkan Buku Log
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Ujian lisan
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Ujian Praktikal
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda:
- Melakukan prosedur menghidupkan enjin pesawat dan perlepasan, menerbangkan satu circuit serta mendaratkan pesawat. Penerbang perlu menggunakan flaps, retractable landing gear dan sebagainya jika terdapat di dalam simulator.
- Melakukan perlepasan dan melaksanakan 2 penerbangan merentas desa dan mendarat di lapangan terbang yang sama atau berlainan.
FOKUS TUGASAN (2)
- Ujian Teori Secara Dalam Talian
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Markah Lulus
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- e-Sijil Penyertaan
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan