LENCANA PENGEMBARA (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP KANAK-KANAK




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah. 



Pilih 5 sahaja daripada senarai di bawah:

  1. Menerangkan berkenaan persediaan yang perlu dibawa untuk pengembaraan sehari termasuk pakaian yang perlu dibawa, bekalan peribadi, lain-lain alatan dan ubatan dalam peti pertolongan cemas;

  2. Mengambil bahagian dalam pengembaraan jauh (Pek Bercuti);

  3. Menghidupkan api di luar atau di tempat lapang dengan menggunakan bahan bakaran yang dijumpai dan membuat minuman panas;

  4. Merintis jalan ke satu tempat yang jauhnya satu kilometer dengan berpandukan pedoman isyarat sulit pengakap yang dibuat atau ditulis di atas tanah;

  5. Mengetahui cara mengisi barang keperluan ke dalam beg untuk mengembara;

  6. Mengetahui cara mendirikan khemah ringkas untuk berteduh dan menurunkan khemah serta kedudukan arah angin dan arah matahari; atau

  7. Mengetahui undang-undang jalan raya berkaitan dengan kemalangan semasa di jalan raya dan peraturan berjalan kaki.





  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Menerangkan berkenaan persediaan yang perlu dibawa untuk pengembaraan sehari;

  4. Menerangkan cara mengisi barang keperluan ke dalam beg untuk mengembara;

  5. Gambar menghidupkan api di luar atau di tempat lapang dengan menggunakan bahan bakaran yang dijumpai dan membuat minuman panas;

  6. Gambar mendiri dan menurunkan khemah ringkas;

  7. Laporan bergambar merintis jalan ke satu tempat yang jauhnya satu kilometer dengan berpandukan pedoman isyarat sulit pengakap yang dibuat atau ditulis di atas tanah

  8. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.






FOKUS TUGASAN (1)

  1. Menyiapkan Buku Log
    • Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
  2. Mempersembahkan Buku Log
    • Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  3. Ujian lisan
    • Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  4. Ujian Praktikal
    • Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
    • Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
        1. Menerangkan berkenaan persediaan yang perlu dibawa untuk pengembaraan sehari termasuk pakaian yang perlu dibawa, bekalan peribadi, lain-lain alatan dan ubatan dalam peti pertolongan cemas; dan
        2. Mengetahui cara mengisi barang keperluan ke dalam beg untuk mengembara.



FOKUS TUGASAN (2)

  1. Ujian Teori Secara Dalam Talian
    • Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
    • Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
    • Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
  2. Markah Lulus
    • Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
    • e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
    • Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
  3. e-Sijil Penyertaan
    • Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan