LENCANA PENGURUS RUMAH (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP KANAK-KANAK




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampah, mengemas bilik tidur dan sebagainya.



Pilih 5 sahaja daripada senarai di bawah:

  1. Menyediakan satu jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan lain-lain;

  2. Menyediakan satu jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis, air tembikai, air kelapa dan lain-lain;

  3. Menyediakan sup (rebusan) ringkas dari bahan masakan segera atau menggoreng telur, atau bahan makanan segera seperti Burger atau Sausage;

  4. Memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan dua orang

  5. Menggoreng ikan / udang / ayam / sardin / pisang / keledek / tauhu untuk hidangan dua orang;

  6. Membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga dan lain-lain;

  7. Menyapu, mengibas habuk dan mengemas bilik tidur; atau

  8. Mencuci pakaian seragam Pengakap dan pakaian sekolah sendiri serta pakaian peribadi seperti seluar dalam, stoking, kasut dan lain-lain.




  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Laporan bergambar anda sedang menyediakan satu jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan lain-lain;

  4. Laporan bergambar anda sedang menyediakan satu jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis, air tembikai, air kelapa dan lain-lain;

  5. Laporan bergambar anda sedang Menyediakan sup (rebusan) ringkas dari bahan masakan segera atau menggoreng telur, atau bahan makanan segera seperti Burger atau Sausage;

  6. Laporan bergambar anda sedang memasak sardin;

  7. Laporan bergambar anda sedang menyapu, mengibas habuk dan mengemas bilik tidur; dan

  8. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  9. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.





FOKUS TUGASAN (1)

  1. Menyiapkan Buku Log
    • Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
  2. Mempersembahkan Buku Log
    • Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  3. Ujian lisan
    • Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
  4. Ujian Praktikal
    • Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
    • Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
        1. Anda sedang memasak sardin; dan
        2. Anda sedang menyediakan satu jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis, air tembikai, air kelapa dan lain-lain.



FOKUS TUGASAN (2)

  1. Ujian Teori Secara Atas Talian
    • Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
    • Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
    • Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
  2. Markah Lulus
    • Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
    • e-Sijil Penyertaan Ujian Teori atas talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
    • Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
  3. e-Sijil Penyertaan
    • Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.




Catat Ulasan

0 Ulasan