Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membalut anduh.
Untuk lulus Lencana Pertolongan Cemas seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut:
Mengetahui isi kandungan dan cara menggunakan serta menjaga peti pertolongan cemas;
Mengetahui keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui mustahaknya mendapatkan bantuan dari orang dewasa yang berpengalaman;
Mengetahui cara bertindak memberi rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan terkejut (shock);
Menunjukkan bagaimana cara memberhentikan darah keluar dari hidung;
Mengetahui sekurang-kurangnya 5 tempat nadi terpenting dan tahu cara menahan darah yang keluar dari badan pesakit. Sebagai perawat sementara, Pengakap Kanak-kanak hendaklah menunjukkan cara penahanan darah keluar dari bahagian arteri peha, lengan, selangka, leher, muka, belakang dan kepala;
Mengetahui bagaimana mencuci dan membalut luka dan mengetahui cara menggunakan jenis pembalutan termasuk pembalut segi tiga atau balutan anduh;
Menunjukkan cara merawat pesakit dalam hal memberi kerehatan, keselesaan dan keriangan;
Mengetahui cara memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara kecemasan kilut yang terbakar atau melecur;
Mengetahui cara mengubati gigitan dan sengatan serangga selain daripada gigitan ular, kala jengking dan semburan racun;
Mengetahui cara menolong orang pengsan / pitam selain dari terkena kejutan elektrik;
Mengetahui cara membuat panggilan kecemasan seperti memanggil Polis, Bomba, Ambulan dengan jelas dan betul serta tindakan yang perlu diambil apabila menemui kemalangan atau lain-lain kecemasan pelanggaran kenderaan yang menyebabkan kemalangan.
Maklumat diri
Ahli 6 Sekawan
Menerangkan isi kandungan peti pertolongan cemas dan menerangkan kegunaan setiap alatan atau ubatan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas anda;
Menerangkan keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui mustahaknya mendapatkan bantuan dari orang dewasa yang berpengalaman;
Menerangkan cara bertindak memberi rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan terkejut (shock);
Gambar anda menunjukkan bagaimana cara memberhentikan darah keluar dari hidung;
Melukis gambar rajah anggota badan dan menunjukkan 5 tempat nadi terpenting pada anggota badan;
Gambar anda menunjukkan cara penahanan darah keluar dari bahagian arteri peha, lengan, selangka, leher, muka, belakang dan kepala;
Gambar anda menunjukkan cara merawat pesakit dalam hal memberi kerehatan, keselesaan dan keriangan;
Mengetahui cara memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara kecemasan kilut yang terbakar atau melecur;
Mengetahui cara mengubati gigitan dan sengatan serangga selain daripada gigitan ular, kala jengking dan semburan racun;
Mengetahui cara menolong orang pengsan / pitam selain dari terkena kejutan elektrik;
Mengetahui cara membuat panggilan kecemasan; dan
Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
FOKUS TUGASAN (1)
- Menyiapkan Buku Log
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Mempersembahkan Buku Log
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Ujian lisan
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Ujian Praktikal
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
- Anda menerangkan berkenaan isi kandungan peti pertolongan cemas dan menerangkan kegunaan setiap alatan atau ubatan yang terdapat dalam peti pertolongan cemas anda; dan
- Cara-cara membalut luka di tapak tangan, lengan dan kepala menggunakan pembalut segitiga dan membuat anduh pada tangan.
FOKUS TUGASAN (2)
- Ujian Teori Secara Dalam Talian
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Markah Lulus
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- e-Sijil Penyertaan
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan