LENCANA USAHA (LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP MUDA)




Lencana ini adalah lencana kemajuan yang dianugerahkan kepada Ahli Pengakap Muda, sebagai mengakui minat dan luar seperti berkhemah, memasak, mengembara, kecergasan jasmani, kamahiran Pengakap dan Perkhidmatan. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Muda itu mestilah lulus Lencana Keahlian terlebih dahulu.
Lencana ini dipakai pada lengan kanan kemeja (uniform Pengakap).


Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian seperti berikut:

BAHAGIAN CITA-CITA PENGAKAP
  1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Selangor;
  2. Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor;
  3. Menaikkan bendera;
  4. Orang-orang Kenamaan - Nama penuh DYMM Sultan Selangor dan Menteri Besar Selangor;
  5. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.
BAHAGIAN KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI
  1. Asas Perbarisan;
  2. Kawad tongkat;
  3. Isyarat tangan Pengakap;
  4. Halangan Komando;
  5. Melipat dan mengibarkan bendera.
BAHAGIAN KEMAHIRAN PENGAKAP
  1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
  2. Simpulan dan ikatan:-
      1. Simpul Himpit (Fisherman's Knot);
      2. Simpul Pulih (Sheep Shank Knot);
      3. Bunga Geti Ganda (Double Sheet Bend);
      4. Lilit Balak (Timber Hitch);
      5. Lilit Taut-Line (Taut line);
      6. Ikatan Seraya (Square Lashing);
      7. Ikatan Serong (Diagonal Lashing).
  3. Undang-undang lalu lintas jalan raya;
  4. Memilih tapak perkhemahan;
  5. Keperluan peribadi untuk berkhemah;
  6. Alatan pertolongan cemas peribadi;
  7. Menghidupkan api;
  8. Berkhemah sekurang-kurangnya 1 malam;
  9. Arah mata angin dan mengenali peta topografi;
  10. Isyarat sulit Pengakap;
  11. Mengembara sejauh 8km, berjalan kaki dalam patrolnya dan menulis laporan pengembaraan dalam buku log.
BAHAGIAN KECENDERUNGAN DAN MINAT
  1. Kraftangan;
  2. Plaster cast;
  3. Rekod 12 orang sahabat pena.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN
  1. Balutan anduh:-
      1. Melipat kain anduh;
      2. Anduh Tangan; dan
      3. Anduh kaki.
  2. Tindakan kecemasan;
  3. Memandu orang.

  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya

BAHAGIAN CITA-CITA PENGAKAP

  1. Lukisan dan tulis makna Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Selangor;
  2. Lirik Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor;
  3. Gambar anda menaikkan bendera;
  4. Orang-orang Kenamaan 
  5. Gambar dan nama penuh DYMM Sultan Selangor; dan 
  6. Gambar dan nama penuh Menteri Besar Selangor;
  7. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.

BAHAGIAN KECERGASAN DAN KESEGARAN JASMANI

  1. Gambar anda sendiri sedang melakukan asas perbarisan seperti berikut:-
      1. Sedia;
      2. Senang diri;
      3. Rehatkan Diri;
      4. Ke kanan Lurus;
      5. Pandang Depan;
      6. Buka Barisan;
      7. Tutup Barisan;
      8. Langkah ke sebelah "Dua Langkah ke kiri gerak"
      9. Cepat Jalan;
      10. Berhenti; dan
      11. Hormat.
  2. Gambar anda sendiri sedang melakukan kawad tongkat seperti berikut:-
      1. Kedudukan Sedia;
      2. Kedudukan Senang diri;
      3. Kedudukan Rehatkan Diri;
      4. Senang Diri dari Rehatkan Diri;
      5. Sedia dari Senang Diri;
      6. Jinjit Tongkat; dan
      7. Rusuk Tongkat dari Turun Tongkat.
  3. Gambar anda sendiri sedang melakukan isyarat tangan Pengakap;
  4. Gambar anda sendiri sedang melakukan halangan komando;
  5. Gambar anda sendiri sedang melipat dan mengibarkan bendera.

BAHAGIAN KEMAHIRAN PENGAKAP

  1. Gambar anda sedang mengasah dan menyimpan pisau serta parang;
      1. Simpulan dan ikatan:-
      2. Simpul Himpit (Fisherman's Knot);
      3. Simpul Pulih (Sheep Shank Knot);
      4. Bunga Geti Ganda (Double Sheet Bend);
      5. Lilit Balak (Timber Hitch);
      6. Lilit Taut-Line (Taut line);
      7. Ikatan Seraya (Square Lashing);
      8. Ikatan Serong (Diagonal Lashing).
  2. Simbol undang-undang lalu lintas jalan raya;
  3. Penerangan bagaimana cara memilih tapak perkhemahan berserta gambar;
  4. Gambar anda sedang mempersiapkan keperluan peribadi untuk berkhemah;
  5. Gambar anda bersama alatan pertolongan cemas peribadi dan penerangan berkenaan isi kandungan (nama dan kegunaan setiap peralatan);
  6. Gambar anda sedang menghidupkan api;
  7. Laporan bergambar anda sedang berkhemah sekurang-kurangnya 1 malam;
  8. Melukis dan menerangkan berkenaan arah mata angin dan peta topografi;
  9. Melukis isyarat-isyarat sulit Pengakap;
  10. Laporan bergambar anda sedang mengembara sejauh 8km, berjalan kaki dalam patrolnya dan menulis laporan pengembaraan dalam buku log.

BAHAGIAN KECENDERUNGAN DAN MINAT

  1. Gambar anda sedang menyediakan Kraftangan;
  2. Gambar anda sedang menyediakan Plaster cast;
  3. Rekod 12 orang sahabat pena.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN

  1. Gambar anda sedang melakukan balutan anduh:-
      1. Melipat kain anduh;
      2. Anduh Tangan; dan
      3. Anduh kaki.
  2. Menerangkan tindakan kecemasan yang perlu dilakukan ketika berlaku kecemasan;
  3. Laporan bergambar anda sedang membantu orang (memandu orang) menunjukkan jalan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

DOKUMENTASI VIDEO

  1. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

SETELAH LULUS LENCANA

  1. Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.



FOKUS TUGASAN (1)

Menyiapkan Buku Log
  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
    1. Anda sedang membuat latihan asas kawad kaki seperti:-
        1. Sedia;
        2. Senang diri;
        3. Rehatkan Diri;
        4. Ke kanan Lurus;
        5. Pandang Depan;
        6. Buka Barisan; 
        7. Tutup Barisan;
        8. Langkah ke sebelah "Dua Langkah ke kiri gerak"
        9. Cepat Jalan;
        10. Berhenti; dan
        11. Hormat.
    2. Anda sedang membuat latihan asas kawad tongkat seperti:-
        1. Kedudukan Sedia;
        2. Kedudukan Senang diri;
        3. Kedudukan Rehatkan Diri;
        4. Senang Diri dari Rehatkan Diri;
        5. Sedia dari Senang Diri;
        6. Jinjit Tongkat; dan
        7. Rusuk Tongkat dari Turun Tongkat.
    3. Menunjukkan cara-cara membuat simpulan dan ikatan seperti berikut:-
        1. Simpul Himpit (Fisherman's Knot);
        2. Simpul Pulih (Sheep Shank Knot);
        3. Bunga Geti Ganda (Double Sheet Bend);
        4. Lilit Balak (Timber Hitch);
        5. Lilit Taut-Line (Taut line);
        6. Ikatan Seraya (Square Lashing);
        7. Ikatan Serong (Diagonal Lashing).
    4. Anda menunjukkan dalam video berkenaan keperluan peribadi untuk berkhemah dan alatan pertolongan cemas peribadi;
    5. Anda perlu menunjukkan satu kraftangan yang dibuat menggunakan kertas (origami);
    6. Balutan anduh:-
        1. Melipat kain anduh;
        2. Anduh Tangan; dan
        3. Anduh kaki.


FOKUS TUGASAN (2)


Ujian Teori Secara Dalam Talian
  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.





Catat Ulasan

0 Ulasan