Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa dia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.
Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja (uniform Pengakap).
Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut:
Lambang Pengakap Malaysia
Lambang Pengakap Dunia
Persetiaan Pengakap
Undang-Undang Pengakap
Lima Prinsip Rukun Negara
Hormat Pengakap
Cogan Kata Pengakap
Sejarah Pengakap Malaysia
Cerita Hutan
Istiadat Laung Agung
Maklumat diri
Ahli 6 Sekawan
Lukis dan tulis makna Lambang Pengakap Malaysia
Lukis dan tulis makna Lambang Pengakap Dunia
Persetiaan Pengakap
Undang-Undang Pengakap
Hormat Pengakap
Cogan Kata Pengakap
Prinsip Rukun Negara
Sejarah Pengakap Malaysia
Lukiskan 1 watak dalam Cerita Hutan
Laung Agung
Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
Setelah lulus lencana lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log.
FOKUS TUGASAN (1)
Menyiapkan Buku Log
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Mempersembahkan Buku Log
Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan cara:
- Pembaharuan Persetiaan Pengakap;
- Nyanyian Lagu Undang-undang Pengakap;
- Bacaan Ikrar Rukun Negara;
- Lukiskan gambar 1 watak dalam Cerita Hutan, memadai dengan melukis kepala sahaja; contohnya watak "Shere Khan", persembahkan kepada pemimpin anda dan tampal dalam buku log.
FOKUS TUGASAN (2)
Ujian Teori Secara Dalam Talian
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 85%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 85% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan