LENCANA KRAFTANGAN (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP KANAK-KANAK

 



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah membuat atau menghasilkan 5 jenis hasil tangan sendiri sebagai kraftangan yang boleh dihiasi dan digunakan dengan baik dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang koleksinya. 


Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegemaran Pengakap Kanak-kanak dalam membuat dan mereka cipta bahan-bahan kraf seperti anyaman tikar, wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya.

Contoh aktiviti kraftangan yang boleh dijalankan (cadangan):

  1. Membuat asas anyaman tradisional

  2. Membuat Wogel daripada pelbagai bahan (ukiran kayu, ruas buluh, tali dan yang bersesuaian)

            ATAU

  1. Membuat penanda buku (seperti daripada kulit terbuang atau daun)

  2. Membuat perkakas yang berguna daripada rotan, buluh, tempurung dan lain-lain

            ATAU

  1. Membuat origami

  2. Membuat topeng (topeng watak-watak cerita hutan)

  3. Membuat kapal kertas, roket kertas dan sebagainya.




  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Gambar-gambar kraf tangan anda;

  4. Penerangan bagaimana cara anda membuat kraf tangan tersebut.

  5. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  6. Setelah lulus lencana ini. lekatkan salinan sijil lencana ke dalam buku log anda.




FOKUS TUGASAN (1)


Menyiapkan Buku Log
  1. Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
Mempersembahkan Buku Log
  1. Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian lisan
  1. Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
Ujian Praktikal
  1. Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
  2. Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
  • Cara anda melakukan anyaman atau membuat ukiran atau membuat penanda buku atau melipat origami atau membuat topeng muka;
  • Cara penyimpanan barangan kraf tangan anda.




FOKUS TUGASAN (2)

Ujian Teori Secara Dalam Talian
  1. Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
  2. Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
  3. Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
Markah Lulus
  1. Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 80%.
  2. e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 80% dan ke atas sahaja.
  3. Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
e-Sijil Penyertaan
  1. Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.





Catat Ulasan

0 Ulasan