Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float).
Untuk lulus Lencana Ahli Renang seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut:
Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori)
Menunjukkan cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teori) ATAU
Cara junam, terjun kaki lurus / junam depan layang (teori)
Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan dilutut / tangan di atas kepala; gerak tangan, tendang rejang, meniarap, rangkaian meniarap (teori)
berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam pengakap kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang)
Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float). Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang, dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama
Mengetahui cara mengendalikan jaket keselamatan di air.
Maklumat diri
Ahli 6 Sekawan
Pengenalan peralatan renang
Ciri-ciri Keselamatan diri semasa berenang
Kemahiran asas dalam air
Kemahiran asas dalam air renang
Gambar cara mengendalikan jaket keselamatan
Gambar teknik renang
Gambar berenang gaya kupu-kupu
Gambar berenang gaya bebas
Gambar berenang gaya punggunG.
Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lulus lencana dalam buku log.
Lekatkan salinan sijil kursus renang dengan mana-mana agensi bertauliah dan diiktiraf.
FOKUS TUGASAN (1)
- Anda perlu menyiapkan buku log bagi Lencana ini (sama ada melalui pembelajaran sendiri dengan mencari maklumat melalui internet atau menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom bersama pemimpin anda).
- Buku log perlu lengkap dan ditunjukkan kepada pemimpin anda sama ada menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Pemimpin perlu menguji ahli Pengakap secara lisan ketika sesi bersama ahli Pengakap dengan menggunakan aplikasi Whatsapp video call atau google meet atau zoom.
- Anda perlu memuat naik video anda sendiri yang jelas kelihatan muka anda ke saluran YouTube anda sedang melakukan aktiviti praktikal kepengakapan contoh seperti aktiviti kemahiran, berbasikal, melakukan ujian kawad kaki, berenang, melukis dan sebagainya. Pautan (link) url perlu dikongsikan dan ditulis dalam buku log anda dan boleh diakses sepanjang masa.
- Perkara di bawah WAJIB divideokan dan dimuat naik ke saluran YouTube anda dan boleh diakses oleh pengunjung terutamanya Pemimpin anda (rujuk panduan bagaimana cara memuat naik video ke YouTube). Video anda perlu nampak muka anda menunjukkan:
- Cara mengendalikan jaket keselamatan;
- Menunjukan teknik-teknik renang;
- Berenang gaya kupu-kupu; dan
- Berenang gaya bebas.
FOKUS TUGASAN (2)
Ujian Teori Secara Dalam Talian
- Anda perlu menjawab soalan teori yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Program Negeri Selangor seperti dalam pautan (link) berikut.
- Ahli Pengakap DIGALAKKAN menggunakan EMAIL GOOGLE CLASSROOM (DL KPM) atau sebarang email penjaga anda untuk daftar mula tugasan ini.
- Anda dikehendaki menjawab soalan teori tersebut berdasarkan bahan rujukan sedia ada.
- Jawatankuasa Program Negeri menetapkan markah lulus Ujian Teori tersebut adalah 85%.
- e-Sijil Penyertaan Ujian Teori dalam talian akan diberikan sekiranya anda berjaya mendapat markah 85% dan ke atas sahaja.
- Anda boleh ulang semula menjawab soalan jika perlu. Tiada had percubaan.
- Anda perlu melekatkan e-Sijil Penyertaan dalam buku log anda sebagai pengesahan anda telah menjalankan ujian teori bagi lencana ini.
0 Ulasan