SKIM LENCANA AHLI KOMPUTER (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai pengetahuan dalam bidang komputer dengan mengetahui sejarahnya, komponen asas, sistem pengoperasian dan kegunaannya, menunjukkan kemahiran menggunakan pelbagai jenis perisian seperti Ms Office, Windows dan sebagainya.



Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:

  1. Mempunyai sebuah komputer (Personal Computer) atau telah menggunakan komputer di sekolah sekurang-kurangnya 12 bulan;

  2. Menerangkan apa itu komputer dan komponen asasnya;

  3. Mengetahui sejarah ringkas komputer;

  4. Menerangkan pelbagai jenis komputer dan bagaimana data disimpan;

  5. Mengetahui mengenai Sistem Pengoperasian (Operating System-0S) dan kegunaannya; misalnya Windows, Macintosh, Linux, dan sebagainya;

  6. Mengetahui 6 jenis kegunaan komputer di rumah, pejabat dan industri; dan

  7. Menyediakan satu pengaturcaraan persembahan komputer MS Power Point dan sebagainya ATAU mempunyai kemahiran dalam pemprosesan perkataan seperti MS Words dan sebaginya.




  1. Maklumat diri

  2. 8-10 orang ahli patrolnya

  3. Gambar anda dan sebuah komputer (Personal Computer) atau telah menggunakan komputer di sekolah sekurang-kurangnya 12 bulan. Tuliskan laporan ringkas;

  4. Laporan bergambar menerangkan apa itu komputer dan komponen asasnya;

  5. Laporan berkenaan sejarah ringkas komputer;

  6. Menerangkan pelbagai jenis komputer dan bagaimana data disimpan;

  7. Menerangkan mengenai Sistem Pengoperasian (Operating System-0S) dan kegunaannya; misalnya Windows, Macintosh, Linux, dan sebagainya;

  8. Menerangkan 6 jenis kegunaan komputer di rumah, pejabat dan industri; dan

  9. Cetak hangout yang anda lakukan sendiri berkenaan satu pengaturcaraan persembahan komputer MS Power Point dan sebagainya ATAU mempunyai kemahiran dalam pemprosesan perkataan seperti MS Words dan sebagainya;

  10. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan

  11. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.






Catat Ulasan

0 Ulasan