SKIM LENCANA AHLI MUZIK (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP MUDA




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengenali dan bermain dengan pelbagai jenis muzik, mengetahui kaedah-kaedah menjaga alatan dengan baik, dapat menyanyikan pelbagai jenis lagu dengan iringan alat muzik tersebut.



Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap mesti LULUS semua ujian dalam mana-mana  SATU Pilihan A, B, C, D atau E.

PILIHAN A

  1. Menyanyi sebuah lagu yang ada korus;

  2. Membaca sendiri titinada muzik sekurang-kurangnya untuk 3 buah lagu (melodi);

  3. Mengetahui erti tanda tempo dan tanda muzik yang menunjukkan tinggi rendah, panjang pendek suara dalam titinada ‘Sonata’, ‘Concerto’ dan ‘Oratario’ serta memberi 3 contoh bagi tiap-tiap satu; dan

  4. Membincangkan dengan penilai sekurang-kurangnya 2 pertunjukan hiburan terbaru yang diihat atau dedengari melalui televisyen atau radio.

PILIHAN B

  1. Menyanyi 2 buah lagu yang dipilih sendiri dan sebuah lagu lagi yang sesuai untuk dinyanyikan dengan iringan muzik atau memainkanya dengan alat muzik;
  2. Menyanyikan 2 buah lagu pilihan sendiri, satu bertempo cepat dan lagi satu bertempo lambat dengan memainkan alat muziknya sendiri atau dengan iringan muzik latar; dan
  3. Mengetahui erti tanda tempo ‘Sonata’, ‘Concerto’ dan ‘Oratario’ serta memberi 3 contoh bagi tiap-tiap satu.

PILIHAN C

  1. Menyanyi tanpa iringan alat muzik, dua jenis lagu rakyat yang berkaitan yang berlainan jenisnya seperti lagu dan nyanyian yang bersemangat keperwiraan, keindahan kampung nelayan di tepi pantai, keindahan gunung-ganang, lagu dondang sayang atau dikir barat;

  2. Menyanyi sebuah lagu pilihan sendiri dengan memainkan alat muzik seperti gambus, banjo, gitar, mandolin, harmonica dan sebagainya; dan

  3. Mengetahui sedikit sebanyaknya prinsip asasi muzik seperti menala alat-alat muzik, titinada, tali dan nada suara (bass).

PILIHAN D

  1. Tunjukkan kebolehan memain dan membunyikan alat muzik ‘bagpipe’ dengan memuaskan; Memainkan 2 lagu dengan ‘bagpipe’ irama ‘march’ dalam tempo 2/4;

  2. Memainkan 2 lagu dengan ‘bagpipe’ irama ‘march’ dalam tempo 6/8;

  3. Memainkan 2 lagu dengan ‘bagpipe’ ‘irama ‘slow march’ atau tiupan perlahan;

  4. Memainkan satu lagu ‘bagpipe’ irama ‘ march’ , ‘stathspey’ dan ‘reel’; dan

  5. Membincangkan dengan penilai jenis muzik bercorak kebudayaan, artis biduan dan biduanita yang diminati serta memberi sebab pemilihan itu.

PILIHAN E

  1. Menjadi salah seorang ahli pancaragam, sama ada di sekolah dalam kumpulan Pengakap atau dalam lain-lain pertubuhan;

  2. Menunjukkan kebolehan bermain dan menjaga satu alat muzik berikut:

      1. Gendang iringan (side drum)
          1. Menjaga alat muzik ini sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan boleh digunakan bila-bila masa;
          2. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukul sewajarnya;
          3. Memalu gendang dengan paluan tempo 2/3, 6/8 dan 3/4;
          4. Memalu gendang berhenti-henti (play off) dengan tempo 2/3, 6/8 dan 3/4;
          5. Memalu gendang dengan paluan bergulung-gulung (roll) seperti berikut:
              1. 3 langkah bergulung (roll)
              2. 5 langkah bergulung (roll)
              3. 7 langkah bergulung (roll)
          6. Mengambil bahagian dengan memuaskan dalam 6 perbarisan 'march' yang berlainan.
      2. Gendang Suara Langsing (Tenor Drum)
          1. Menjaga alat muzik ini sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan boleh digunakan bila-bila masa;
          2. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukul sewajarnya;
          3. Menunjukkan boleh memalu dengan baik dalam masa berjalan dan berhenti;
          4. Berjalan (march) sejauh sekurang-kurangnya 45 meter dengan memalu gendang perlahan-lahan (slow time) 116 langkah dalam 1 minit.
      3. Gendang Suara Rendah (Bass Drum)
          1. Menjaga alat muzik ini sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan boleh digunakan bila-bila masa;
          2. Berbaris berjalan dengan segak membawa gendang dan kayu pemukul sewajarnya;
          3. Menunjukkan boleh memalu dengan baik dalam masa berjalan dan berhenti;
          4. Berjalan (march) sejauh tidak kurang daripada 45 meter dengan memalu gendang 116 langkah dalam 1 minit; dan
          5. Berjalan (march) sejauh sekurang-kurangnya 45 meter dengan memalu gendang perlahan-lahan (slow time) 65 langkah dalam 1 minit.
      4. 'Bugle' atau 'Trumpet'
          1. Menjaga alat muzik ini sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan boleh digunakan bila-bila masa;
          2. Berjalan dengan segak membawa 'bugle' atau 'trumpet' di tangan kanan di apit hadapan pinggang dengan menghayunkan tangan kiri; dan
          3. Memainkan lagu Berkumpulan (Fall In), Memasak (Cook-House), Padam Lampu (Light Out), Bangun Pagi (Reveille), Hormat (General Salute), dan Matahari Turun atau Undur (Sunset or Retreat).


  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Gambar-gambar anda sedang bermain alat muzik;
  4. Nota-nota muzik ditulis dalam buku log;
  5. Lirik lagu ditulis dalam buku log; dan
  6. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
  7. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.




Catat Ulasan

0 Ulasan