Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam bertukang dan menunjukkan kebolehan menggunakan peralatan pertukangan yang betul dengan membuat bakul, barangan kulit, menjilid buku, rak buku dan sebagainya.
Untuk mendapatkan lencana ini, Pengakap mestilah lulus SEMUA ujian dalam mana-mana TIGA BAHAGIAN (pilihan sendiri) di antara A, B, C, D dan E.
BAHAGIAN A. (Pembuat Bakul)
- Membuat sendiri benda yang boleh digunakan sebagai bakul dari rotan, rumput atau jerami.
- Mengetahui di mana boleh didapati bahan mentah yang digunakan untuk membuat bakul dan bagaimana ianya diproses.
BAHAGIAN B. (Penjilid Buku)
- Tugas: Memelihara berbagai bahan bacaan seperti buku, majalah dan nota.
- Teknik, Media dan Proses.
- Kekemasan dan Persembahan.
- Ketepatan dan kebersihan bekerja.
- Hiasan pada kertas rusuk.
- Penilaian.
- Pengetahuan - konsep, prinsip dan aplikasinya.
- Proses atau tatacara.
- Hasil kerja - kekemasan, ketahanan, kebersihan.
- Pemeliharaan dan Penjagaan.
- Cara menyimpan buku.
- Cara menggunakan buku.
BAHAGIAN C. (Ahli Penyambung)
- Memasukkan skru sedalam 3.5 cm. Dengan tidak merosakkan kayu atau skru itu.
- Memaku penutup peti (ensel) dengan betul, dengan menggunakan papan tebalnya 2 cm dan paku panjangnya 3.5 cm.
- Membelah sekeping papan 2.5 cm tebal dan 60 cm panjang dengan gergaji biasa. Pembelahan itu hendaklah lurus dan serongnya tidak boleh lebih daripada 1.6 mm.
- Mengasah pahat dan mata ketam, membuat lubang tanggam dan sambungan separuh.
- Membuat sebuah bangku (stool) atau kerusi.
- Mengetahui jenis kayu: 2 jenis kayu lembut, 2 jenis kayu serdahana keras dan jenis kayu keras.
BAHAGIAN D. (Tukang Kulit)
- Membuat tumit sepatu but atau tumit sepatu biasa dengan bahan kulit dengan cara dijahit atau dipakukannya.
- Mengadakan satu barang sahaja yang dibuat oleh Pengakap itu sendiri: rantai kunci, wogel, sarung kapak/pisau atau dompet wang yang dihiaskan dengan corak yang berwarna, mengetahui mencampur dan menggunakan berbagai-bagai campuran warna.
- Mengetahui alatan dan bahan yang digunakan untuk membuat barang yang dipilihnya itu.
- Mengetahui jenis kulit yang biasa digunakan dan cara memilihnya.
BAHAGIAN E. (Percetakan)
- Mengaturkan satu rangka surat sebaran, menaip dan kemudian mencetakan surat sebaran itu.
- Mengenali jenis huruf percetakan mengikut saiz (point-system) dan namakan enam jenis.
- Mengetahui semua tanda pembetulan dalam percetakan serta mengetahui nama berbagai bentuk kertas yang berlainan jenis dan ukuranya.
- Maklumat diri
- 8-10 orang ahli patrolnya
- Laporan dan gambar anda sendiri membuat bakul daripada rotan, rumput atau jerami.
- Laporan di mana boleh didapati bahan mentah yang digunakan untuk membuat bakul dan bagaimana ianya diproses.
BAHAGIAN B. (Penjilid Buku)
- Laporan dan gambar anda memelihara berbagai bahan bacaan seperti buku, majalah dan nota.
- Laporan menerangkan teknik, Media dan Proses.
- Gambar-gambar kekemasan dan persembahan.
- Ketepatan dan kebersihan bekerja.
- Hiasan pada kertas rusuk.
- Penilaian yang dibuat oleh Pemimpin.
- Pengetahuan - konsep, prinsip dan aplikasinya.
- Proses atau tatacara.
- Hasil kerja - kekemasan, ketahanan, kebersihan.
- Gambar-gambar pemeliharaan dan Penjagaan.
- Cara menyimpan buku.
- Cara menggunakan buku.
BAHAGIAN C. (Ahli Penyambung)
- Laporan dan gambar anda memasukkan skru sedalam 3.5 cm. Dengan tidak merosakkan kayu atau skru itu.
- Laporan dan gambar anda memaku penutup peti (ensel) dengan betul, dengan menggunakan papan tebalnya 2 cm dan paku panjangnya 3.5 cm.
- Laporan dan gambar anda membelah sekeping papan 2.5 cm tebal dan 60 cm panjang dengan gergaji biasa. Pembelahan itu hendaklah lurus dan serongnya tidak boleh lebih daripada 1.6 mm.
- Laporan dan gambar anda mengasah pahat dan mata ketam, membuat lubang tanggam dan sambungan separuh.
- Laporan dan gambar anda membuat sebuah bangku (stool) atau kerusi.
- Penerangan jenis-jenis kayu: 2 jenis kayu lembut, 2 jenis kayu serdahana keras dan jenis kayu keras.
BAHAGIAN D. (Tukang Kulit)
- Laporan dan gambar anda membuat tumit sepatu but atau tumit sepatu biasa dengan bahan kulit dengan cara dijahit atau dipakukannya.
- Laporan dan gambar anda membuat satu barang sahaja yang dibuat oleh Pengakap itu sendiri: rantai kunci, wogel, sarung kapak/pisau atau dompet wang yang dihiaskan dengan corak yang berwarna, mengetahui mencampur dan menggunakan berbagai-bagai campuran warna.
- Menerangkan dan melukis gambar-gambar alatan dan bahan yang digunakan untuk membuat barang yang dipilihnya itu.
- Penerangan jenis-jenis kulit yang biasa digunakan dan cara memilihnya.
BAHAGIAN E. (Percetakan)
- Menaip, mencetak dan melekatkan dalam buku log satu rangka surat sebaran, menaip dan kemudian mencetakan surat sebaran itu.
- Melaporkan jenis huruf percetakan mengikut saiz (point-system) dan namakan enam jenis.
- Melaporkan semua tanda pembetulan dalam percetakan serta mengetahui nama berbagai bentuk kertas yang berlainan jenis dan ukuranya.
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
- Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
0 Ulasan