SKIM LENCANA AHLI PENYELAMAT NYAWA (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap Muda sebagai mengakui kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa dengan memahami langkah-langkah keselamatan di dalam air dan menunjukkan cara pemulihan pernafasan (CPR) dengan betul.

Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:

  1. Telah lulus Lencana Ahli Renang;
  2. Menunjukkan 2 cara menyelamat bagi melepaskan diri pertama di darat dan kedua di dalam air;
  3. Menunjukkan kemahiran yang berikut:
      1. 'chin tow'
      2. 'cross crest tow'
      3. 'extended tow'
  4. Melemparkan tali penyelamat sepanjang 10 meter di antara 2 pancang jaraknya 1 meter dengan kejayaan 2 kali daripada 3 lemparan;
  5. Menunjukkan cara menyelamat mangsa dari rumah terbakar yang terhidu gas beracun, yang kemalangan jalan raya dan yang terkena kejutan elektrik; dan
  6. Menunjukkan cara pemulihan pernafasan kaedah mulut ke mulut (CPR/EAR) dengan menggunakan patung.

  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Salinan sijil lulus Lencana Ahli Renang;
  4. Gambar anda sendiri menunjukkan 2 cara menyelamat bagi melepaskan diri pertama di darat dan kedua di dalam air;
  5. Gambar anda sedang menunjukkan kemahiran yang berikut:
      1. 'chin tow'
      2. 'cross crest tow'
      3. 'extended tow'
  6. Gambar anda sedang melemparkan tali penyelamat sepanjang 10 meter di antara 2 pancang;
  7. Nota bergambar menunjukkan cara menyelamat mangsa dari rumah terbakar yang terhidu gas beracun, yang kemalangan jalan raya dan yang terkena kejutan elektrik;
  8. Gambar anda sendiri menunjukkan cara pemulihan pernafasan kaedah mulut ke mulut (CPR/EAR) dengan menggunakan patung; daN
  9. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
SETELAH LULUS LENCANA
  1. Lekatkan salinan sijil lulus lencana Penyelamat Nyawa dalam buku log;
  2. Lekatkan salinan sijil lulus lencana Renang; 
  3. Lekatkan salinan sijil kursus renang dengan mana-mana agensi bertauliah dan diiktiraf; dan
  4. Lekatkan salinan sijil kursus pertolongan cemas yang dihadiri sama ada anjuran PBSM, BOMBA, St John Ambulance atau APM.





Catat Ulasan

0 Ulasan