Lencana ini diberi Kepada Anl Pengakap Muda sebagai mengakui ilmu pengetahuan dalam berdayung dengan menunjukkan kebolehan membaiki kerosakan kecil pada perahu dayung, mengetahui langkah-langkah keselamatan di air, mengetahui kegunaan pelbagai jenis ikatan dan simpulan seperti water bowline, fisherman's bend, round tum and two half hitch dan double sheet bend.
- Berenang 20 meter dengan memakai pakaian lengkap.
- Melukis dan menamakan semua bahagian perahu.
- Anda perlu:
- Mempunyai pengetahuan berhubung dengan perahu dayung dan mengetahui alatan yang patut dibawa serta cara mengatur alatan itu dalam perahu tersebut.
- Menunjukkan kebolehan memperbaiki kerosakan kecil pada perahu dayung.
- Terangkan kegunaan ikatan berikut:
- Tindih Kasih Air (water bowline).
- Bunga Geti Berganda (double sheet bend).
- Ikatan Pengail ( fisherman's bend).
- Lilit Dua Simpul (round turn two half hitches).
- Mengawal hujung tali yang pecah dan memperbaiki pecahan itu atau mematikan hujung tali nailon dengan membakarnya.
- Mempunyai pengetahuan tentang segala langkah keselamatan bagi menggunakan perahu dayung.
- Berdayung seorang diri dan menjalankan latihan seperti berikut –
- Mendekatkan perahu ke tembok tinggi, ke tepi pantai dan ke tebing sungai
- Berkayuh ke hadapan, ke belakang dan berpusing.
- Maklumat diri
- 8-10 orang ahli patrolnya
- Laporan dan gambar anda berenang 20 meter dengan memakai pakaian lengkap.
- Anda perlu melukis dan menamakan semua bahagian perahu.
- Anda perlu:
- Menulis berkenaan dengan perahu dayung dan mengetahui alatan yang patut dibawa serta cara mengatur alatan itu dalam perahu tersebut.
- Laporan dan gambar anda menunjukkan kebolehan memperbaiki kerosakan kecil pada perahu dayung.
- Dengan menggunakan tali parcel, tunjukkan langkah-langkah mengikat dan terangkan kegunaan ikatan berikut:
- Tindih Kasih Air (water bowline).
- Bunga Geti Berganda (double sheet bend).
- Ikatan Pengail ( fisherman's bend).
- Lilit Dua Simpul (round turn two half hitches).
- Laporan dan gambar anda menunjukkan cara anda mengawal hujung tali yang pecah dan memperbaiki pecahan itu atau mematikan hujung tali nailon dengan membakarnya.
- Menulis berkenaan dengan pengetahuan anda tentang segala langkah keselamatan bagi menggunakan perahu dayung.
- Laporan dan gambar anda berdayung seorang diri dan menjalankan latihan seperti berikut–
- Mendekatkan perahu ke tembok tinggi, ke tepi pantai dan ke tebing sungai
- Berkayuh ke hadapan, ke belakang dan berpusing.
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
- Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
0 Ulasan