Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dalam memahami kaedah perhubungan seperti Semaphore, Kod Morse, Kod 'Q, dan mengetahui peraturan komunikasi yang betul yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Pengakap mestilah lulus SEMUA ujian sama ada BAHAGIAN A atau B.
BAHAGIAN A.
- Memahami apa itu 'Semaphore' dan kegunaannya. Tahu melakukan isyarat huruf A-Z, Nombor 0-9 dan segala isyarat lain yang penting;
- Menghantar dan menerima berita yang senang seperti panggilan kecemasan S.O.S dan sebagainya;
- Menghantar dan menerima berita dengan kod 'Morse' dengan menggunakan ‘buzzer’ sejauh 100 meter.
BAHAGIAN B.
- Anda perlu:-
- Menyimpan Buku Log dalam tempoh 3 bulan berkenaan dengan penerimaan hantaran berita dari 20 stesen amatur yang berlainan menunjukkan butir-butir seperti tarikh, masa, gelaran panggilan, kekuatan signal, pendengaran dan tempat.
- Membincangkan dengan Penilai pengalaman Pengakap sendiri berkenaan dengan menyimpan Log misalnya tentang alatan yang digunakankan dan stesen yang jauh sekali dihubungi.
- Membincangkan dengan Penilai kegunaan berbagai-bagai gelombang (frequency bands). Mengetahui mana satu gelombang yang patut digunakan untuk menghubungkan beberapa tempat yang dekat dan jauh pada waktu siang dan malam.
- Menerangkan kekurang-kurangnya 10 jenis semboyan 'Q' antarabangsa.
- Mengetahui peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkenaan dengan sekatan menggunakan perkakas radio ‘walkie-talkie'.
- Maklumat diri
- 8-10 orang ahli patrolnya
- Laporan dan gambar anda sedang melakukan isyarat 'Semaphore' dan kegunaannya. Tahu melakukan isyarat huruf A-Z, Nombor 0-9 dan segala isyarat lain yang penting;
- Laporan dan gambar anda sedang menghantar dan menerima berita yang senang seperti panggilan kecemasan S.O.S dan sebagainya;
- Laporan dan gambar anda sedang menghantar dan menerima berita dengan kod 'Morse' dengan menggunakan ‘buzzer’ sejauh 100 meter.
- Anda perlu:-
- Menyimpan Buku Log dalam tempoh 3 bulan berkenaan dengan penerimaan hantaran berita dari 20 stesen amatur yang berlainan menunjukkan butir-butir seperti tarikh, masa, gelaran panggilan, kekuatan signal, pendengaran dan tempat.
- Laporan anda berbincang dengan Penilai pengalaman Pengakap sendiri berkenaan dengan menyimpan Log misalnya tentang alatan yang digunakankan dan stesen yang jauh sekali dihubungi.
- Laporan anda berbincang dengan Penilai kegunaan berbagai-bagai gelombang (frequency bands). Mengetahui mana satu gelombang yang patut digunakan untuk menghubungkan beberapa tempat yang dekat dan jauh pada waktu siang dan malam.
- Menerangkan kekurang-kurangnya 10 jenis semboyan 'Q' antarabangsa.
- Menerangkan peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkenaan dengan sekatan menggunakan perkakas radio ‘walkie-talkie'.
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
- Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
0 Ulasan