SKIM LENCANA AHLI PERTOLONGAN CEMAS (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP MUDA




Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas dengan mengetahui kaedah pemulihan pernafasan, melaporkan kemalangan kepada pihak berkuasa dan mengetahui pelbagai kaedah balutan yang betul.

Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:
  1. Menerangkan susunan anggota jasmani dan fungsi tiap-tiap satu;
  2. Mengetahui kedudukan urat nadi dan tahu bagaimana memberhentikan keluaran darah;
  3. Menunjukkan cara memulihkan seseorang yang terkejut (shock) termasuk yang terkena kejutan elektrik;
  4. Mengetahui cara menggunakan pembalut tiga segi pada luka di:-
      1. kepala;
      2. tangan;
      3. kaki;
      4. lutut; 
      5. siku; dan
      6. balutan bergelung (donut) pada anggota badan.
  5. Menunjukkan cara mengendali tulang selangka patah dan cara menjaga supaya patah atau disyaki patah itu tidak dapat bergerak-gerak.
  6. Menunjukkan cara pemulihan pernafasan (CPR/EAR); dan
  7. Menunjukkan cara menghantar berita kecemasan dengan betul menggunakan lisan, bertulis dan telefon.

  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya
  3. Lukis gambar rajah susunan anggota jasmani dan fungsi tiap-tiap satu;
  4. Lukis gambar rajah kedudukan urat nadi dan menerangkan dengan ayat yang ringkas dan padat bagaimana memberhentikan keluaran darah;
  5. Menerangkan cara memulihkan seseorang yang terkejut (shock) termasuk yang terkena kejutan elektrik;
  6. Laporan bergambar yang terdapat gambar anda menunjukkan cara menggunakan pembalut tiga segi pada luka di:-
      1. kepala;
      2. tangan;
      3. kaki;
      4. lutut; 
      5. siku; dan
      6. balutan bergelung (donut) pada anggota badan.
  7. Laporan bergambar yang terdapat gambar anda menunjukkan cara mengendali tulang selangka patah dan cara menjaga supaya patah atau disyaki patah itu tidak dapat bergerak-gerak.
  8. Gambar anda sendiri menunjukkan cara pemulihan pernafasan kaedah mulut ke mulut (CPR/EAR) dengan menggunakan patung;
  9. Menerangkan cara menghantar berita kecemasan dengan betul menggunakan lisan, bertulis dan telefon;
  10. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan
  11. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.





Catat Ulasan

0 Ulasan