SKIM LENCANA AHLI SAINS (KEPANDAIAN - KATEGORI PENGETAHUAN) PENGAKAP KANAK-KANAK



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah mahir pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat ijikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung wayar, elektro magnet dan sebagainya. 

Pilih 4 ujikaji atau eksperimen di bawah:

  1. Menunjukkan 1 eksperimen bahawa api yang menyala memerlukan udara;

  2. Membuat pelangi tiruan dengan memecahkan cahaya yang mengandungi spektra;

  3. Menunjukkan bagaimana penyambungan litar elektrik dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke bateri dan bagaimana mengawal aliran elektrik dengan menggunakan suis dan bagaimana menggunakan lampu isyarat;

  4. Membuat kamera lubang halus dan menyatakan sebab untuk menjadikan bayang gambar;

  5. Membuat teropong intip yang mudah menggunakan dua keping cermin;

  6. Membuat elektro magnet yang mempengaruhi kemagnetan pada sekeping besi dan menerangkan apa akan terjadi;

  7. Membuat arus elektrik yang mudah didapati dari bateri;

  8. Membuat teropong besar atau teropong pembesar menggunakan dua keping cermin;

  9. Menunjukkan bagaimana berlaku tekanan udara dan air.




  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Menerangkan langkah-langkah ujikaji yang dilakukan;

  4. Melukis rajah bagi setiap ujikaji yang dilakukan;

  5. Kepilkan gambar bukti hasil ujikaji anda;

  6. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  7. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.






Catat Ulasan

0 Ulasan