Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam perkara berhubung dengan pelbagai buku-buku yang dibaca, menjilid dan mendaftarkannya untuk rujukan dan sebagainya.
- Membaca buku sekurang-kurangnya 12 jenis buah buku dalam tempoh 12 bulan serta menerangkan buku-buku yang dibaca. Senarai tersebut hendaklah mengandungi cerita fiksyen dan tidak fiksyen dengan tidak melebihi 3 buah buku oleh seorang pengarang dan tidak termasuk buku-buku teks sekolah.
- (a) Berikan kepada Penilai satu senarai mengandungi buku-buku yang digemarinya dan menerangkan sebab memilih buku tersebut serta menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku itu.
Maklumat diri
8-10 orang ahli patrolnya
Laporan bergambar anda sedang membaca buku sekurang-kurangnya 12 jenis buah buku dalam tempoh 12 bulan serta menuliskan sinopsis atau ringkasan terhadap buku yang anda baca.
ATAU
a) Gambar anda dan buku serta laporan anda menerangkan sebab memilih buku yang anda gemari serta menjawab soalan berkenaan dengan kandungan buku itu yang dikemukakan oleh penilai.
b) Menerangkan dalam buku log apa yang dikatakan Buku Rujukan dan apakah maklumat yang diperolehi.
c) Menerangkan dalam buku log secara ringkas cara mengatur dan menyusun buku supaya mudah dicari; dan
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
- Setelah lulus lencana, lekatkan sijil lencana dalam buku log anda.
0 Ulasan