Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itu mestilah lulus Lencana Keahlian, satu Lencana Wajib, Lencana Keris Gangsa, 2 Lencana Kepandaian (Kategori Kegemaran), Lencana Keris Perak, 2 Lencana Kepandaian (Kategori Pengetahuan) dan 2 Lencana Kepandaian (Kategori Perkhidmatan) terlebih dahulu.
Lencana dipakai pada lengan kanan kemeja (uniform Pengakap). Lencana Lencana Keris Perak perlu ditanggalkan untuk memberi ruang pemakaian lencana ini.
Untuk lulus Lencana Keris Emas, seseorang Pengakap Kanak-kanak itu perlu lulus ujian seperti berikut:
BAHAGIAN KESETIAAN
Menyanyi 2 buah lagu patriotik;
Mengenali Jata Negara dan lambang Negeri Selangor;
Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan;
Mengetahui nama penuh dan mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara;
Mengamalkan ajaran agama masing-masing.
BAHAGIAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN
Mengetahui 5 peraturan hidup sihat dan bahagia;
Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya;
Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan;
Mengetahui bagaimana membuat anduh (kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki);
Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari media, surat khabar, majalah atau internet yang mempunyai mesej: Anti Dadah atau Bahaya Merokok atau Keracunan Makanan.
BAHAGIAN KECEKAPAN
Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak dan seterusnya mengetahui perintah “Langkah ke Sebelah”, “Cepat Jalan”, “Berhenti”, “Hormat”;
Mengetahui latihan asas ala komando: merangkak di bawah jala / jaring, bergayut pada tali, meniti kayu, bergayut monyet;
Mengukuhkan kemahiran ikatan: Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan Simpul Sentak (Keris Perak) dan mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul;
Demontrasi mendiri dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam sekawan.
BAHAGIAN PENYERTAAN
- Mengetahui 5 jenis pokok hutan dan kegunaannya kepada manusia;
- Membuat satu perkara berikut:
- Kotak simpan alat pertolongan cemas atau kotak untuk menabung;
- Membuat patung satu menjadi puppet;
- Membuat layang-layang; atau
- Membaiki mainan kanak-kanak yang menggunakan bateri.
- Menyanyi 2 lagu Pengakap.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN
Bersama sekawan membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam;
Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti / Perkhemahan;
Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri.
- Maklumat diri
- Ahli 6 Sekawan
- Menulis 2 lirik lagu patriotik;
- Melukis Jata Negara dan Lambang Negeri Selangor dan menulis maksud lambang tersebut;
- Nama penuh dan gambar:
- Ahli Parlimen yang mewakili kawasan sekolah anda;
- Ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili kawasan sekolah anda;
- Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor;
- Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara;
- Menulis rukun sembahyang agama masing-masing;
- Menulis 5 peraturan hidup sihat dan bahagia;
- Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya;
- Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan;
- Gambar anda sedang membuat anduh (kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki);
- Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari media, surat khabar, majalah atau internet yang mempunyai mesej: Anti Dadah atau Bahaya Merokok atau Keracunan Makanan.
- Gambar anda sedang melakukan latihan asas perbarisan;
- Sedia;
- Senang diri;
- Rehatkan Diri;
- Ke kanan Lurus;
- Pandang Depan;
- Buka Barisan;
- Tutup Barisan;
- Langkah ke sebelah "Dua Langkah ke kiri gerak"
- Cepat Jalan;
- Berhenti;
- Hormat.
- Gambar anda sedang melakukan latihan asas ala komando;
- Dengan menggunakan tali parcel dengan menunjukkan langkah-langkah membuat ikatan dan nyatakan kegunaannya bagi simpulan dan ikatan:
- Buku Sila;
- Bunga Geti;
- Simpul Sentak;
- Tindih Kasih;
- Simpul Manuk; dan
- Lilit Dua Simpul.
- Gambar anda bersama sekawan sedang melakukan demontrasi mendiri dan menurunkan khemah serta melipat khemah tersebut;
- Menyenaraikan 5 jenis pokok hutan berserta gambar dan kegunaannya kepada manusia;
- Laporan bergambar bagi salah satu yang berikut:
- Kotak simpan alat pertolongan cemas atau kotak untuk menabung;
- Membuat patung satu menjadi puppet;
- Membuat layang-layang; atau
- Membaiki mainan kanak-kanak yang menggunakan bateri.
- Menulis lirik 2 lagu Pengakap;
- Laporan bergambar anda bersama sekawan membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam;
- Laporan bergambar anda membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti / Perkhemahan;
- Anda perlu melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri; dan
- Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
- Setelah lulus lencana, lekatkan sijil lencana dalam buku log anda.
0 Ulasan