Untuk lulus Lencana Ahli Koleksi Hobi seseorang Pengakap Muda itu perlu lulus ujian seperti berikut:
- Mengumpul, menyusun dan mengatur dengan kemas dan menarik satu jenis barang dalam tempoh yang tidak kurang daripada 6 bulan, seperti berikut:-
- Setem;
- Kotak mancis;
- Duit syiling;
- Cengkerang;
- Penutup botol dan lain-lain;
- Mengetahui serba sedikit berkenaan benda yang dikumpul itu; membincangkan dengan penilai sebab barang itu dipilih dan dikumpul;
- Mengumpul/menyimpan 4 barang Pengakap berikut:-
- Skaf Pengakap;
- Lencana Pengakap (kain/logam)
- Wogel;
- Topi (peak cap);
- Tali pinggang;
- Kemeja-T;
- Sampul Surat Hari Pertama Jambori;
- Majalah Pengakap.
Maklumat diri
8-10 orang ahli patrolnya
Gambar-gambar anda bersama koleksi hobi anda;
Laporan berkenaan dari mana anda memperolehi sumber-sumber bagi melengkapkan koleksi hobi anda;
Gambar-gambar anda bersama koleksi 4 barangan Pengakap anda;
Laporan berkenaan dari mana anda memperolehi barangan Pengakap tersebut;
Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan; dan
Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.
0 Ulasan