Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah membuat atau menghasilkan 5 jenis hasil tangan sendiri sebagai kraftangan yang boleh dihiasi dan digunakan dengan baik dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang koleksinya.
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegemaran Pengakap Kanak-kanak dalam membuat dan mereka cipta bahan-bahan kraf seperti anyaman tikar, wogel, penanda buku, alat permainan, layang-layang dan sebagainya.
Contoh aktiviti kraftangan yang boleh dijalankan (cadangan):
Membuat asas anyaman tradisional
Membuat Wogel daripada pelbagai bahan (ukiran kayu, ruas buluh, tali dan yang bersesuaian)
ATAU
Membuat penanda buku (seperti daripada kulit terbuang atau daun)
Membuat perkakas yang berguna daripada rotan, buluh, tempurung dan lain-lain
ATAU
Membuat origami
Membuat topeng (topeng watak-watak cerita hutan)
Membuat kapal kertas, roket kertas dan sebagainya.
Maklumat diri
Ahli 6 Sekawan
Gambar-gambar kraf tangan anda;
Penerangan bagaimana cara anda membuat kraf tangan tersebut.
Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
Setelah lulus lencana ini. lekatkan salinan sijil lencana ke dalam buku log anda.
0 Ulasan