SKIM LENCANA KUARTERMASTER (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan sebagai Kuartermaster dengan menunjukkan kebolehan menjaga peralatan perkhemahan, menyimpan rekod dan menilai barangan berkenaan.

Melakukan Kumpulan Ujian A ATAU Kumpulan Ujian B.

KUMPULAN UJIAN A

  1. Telah membantu Kuartermaster Pasukan dengan baiknya dalam tempoh selama enam bulan.
  2. Mengetahui dan bersedia menunjukkan :–
      1. Cara menjaga tali-menali membuat pemecut, mematikan hujung tali, menganyam, memintal, melingkar, memeriksa dan menyimpannya;
      2. Cara menjaga khemah memperbaiki tali penarik, menampal/menjahit koyak kecil, mengalis supaya tahan hujan, memeriksa dan menyimpannya;
      3. Cara menjaga alatan : mengasah, membaiki, membersihkan, memeriksa dan menyimpannya.
  3. Mengetahui dan menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan keluar dan masuk segala alatan Kumpulan.
  4. Mengetahui dan bersedia menunjukkan :-
      1. Cara menyimpan alatan kegunaan Pengakap
      2. Cara menyimpan dengan menggunakan sistem warna nombor atau lain-lain KOD berkenaan dengan barang-barang pekerjaan tangan bagi kegunaan Pengakap.
  5. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alatan pandang dengar Kumpulan seperti model, carta dinding, bahan lukisan, kertas lukisan.
  6. Mengetahui cara menilai barang dan harga barang yang hendak di beli.
ATAU

KUMPULAN UJIAN B

  1. Telah membantu Kuartermaster dalam satu perkhemahan Pasukan Pengakap atau PEK bercuti Pengakap Kanak-Kanak dengan baiknya selama lima hari.
  2. Bersedia menunjukkan cara menjaga semua alatan perkhemahan :-
      1. Tali-menali : melingkar dan menggulung, memeriksa dan menyimpan.
      2. Khemah : memperbaiki tali penarik dan menjahit khemah terkoyak dengan serta merta dalam masa kecemasan dan memeriksa khemah.
      3. Alatan : mengasah, membersih, memeriksa dan menyimpan.
      4. Alatan Masak :membersih, memeriksa dan menyimpan.
  3. Menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan keluar dan masuk alatan dalam perkhemahan;
  4. Menunjukkan cara menjaga semua alat khas dalam perkhemahan seperti pakaian seragam, alatan mengembara, alatan mendaki bukit/gunung dan perahu;
  5. Menunjukkan satu daftar makanan dalam perkhemahan selama 48 jam dan bersedia membincangkan daftar makanan itu dengan Penilai;
  6. Menerangkan Cara mengendalikan penyimpanan barang makanan dalam perkhemahan;
  7. Menunjukkan satu senarai alatan yang perlu dibawa bagi satu perkhemahan dan bagaimana memperbaiki alatan itu dengan segera dalam masa kecemasan. Buktikan sebab tiap alat itu perlu dibawa.
  8. Mengetahui bahawa kebersihan pada keseluruhannya adalah kunci kejayaan seseorang Kuartermaster. Menerangkan bagaimana dapat dicapai dalam urusan perkhemahan sebagai pembantu KM.
  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya

SEKIRANYA KUMPULAN UJIAN A DIPILIH

  1. Laporan dan gambar anda membantu Kuartermaster Pasukan dengan baiknya dalam tempoh selama enam bulan.
  2. Laporan dan gambar anda menunjukkan :–
      1. Cara menjaga tali-menali membuat pemecut, mematikan hujung tali, menganyam, memintal, melingkar, memeriksa dan menyimpannya;
      2. Cara menjaga khemah memperbaiki tali penarik, menampal/menjahit koyak kecil, mengalis supaya tahan hujan, memeriksa dan menyimpannya;
      3. Cara menjaga alatan : mengasah, membaiki, membersihkan, memeriksa dan menyimpannya.
  3. Laporan dan gambar anda menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan keluar dan masuk segala alatan Kumpulan.
  4. Laporan dan gambar anda menunjukkan :-
      1. Cara menyimpan alatan kegunaan Pengakap
      2. Cara menyimpan dengan menggunakan sistem warna nombor atau lain-lain KOD berkenaan dengan barang-barang pekerjaan tangan bagi kegunaan Pengakap.
  5. Laporan dan gambar anda menunjukkan cara menjaga dan menyimpan alatan pandang dengar Kumpulan seperti model, carta dinding, bahan lukisan, kertas lukisan.
  6. Menerangkan cara menilai barang dan harga barang yang hendak di beli.

SEKIRANYA KUMPULAN UJIAN A DIPILIH

  1. Laporan dan gambar anda membantu Kuartermaster dalam satu perkhemahan Pasukan Pengakap atau PEK bercuti Pengakap Kanak-Kanak dengan baiknya selama lima hari.
  2. Laporan dan gambar anda menunjukkan cara menjaga semua alatan perkhemahan :-
      1. Tali-menali : melingkar dan menggulung, memeriksa dan menyimpan.
      2. Khemah : memperbaiki tali penarik dan menjahit khemah terkoyak dengan serta merta dalam masa kecemasan dan memeriksa khemah.
      3. Alatan : mengasah, membersih, memeriksa dan menyimpan.
      4. Alatan Masak : membersih, memeriksa dan menyimpan.
  3. Laporan dan gambar anda menunjukkan cara menyimpan rekod yang mudah dan berkesan termasuk catatan keluar dan masuk alatan dalam perkhemahan;
  4. Laporan dan gambar anda menunjukkan cara menjaga semua alat khas dalam perkhemahan seperti pakaian seragam, alatan mengembara, alatan mendaki bukit/gunung dan perahu;
  5. Laporan dan gambar anda menunjukkan satu daftar makanan dalam perkhemahan selama 48 jam dan bersedia membincangkan daftar makanan itu dengan Penilai;
  6. Laporan dan gambar anda menunjukkan cara mengendalikan penyimpanan barang makanan dalam perkhemahan;
  7. Laporan dan gambar anda menunjukkan satu senarai alatan yang perlu dibawa bagi satu perkhemahan dan bagaimana memperbaiki alatan itu dengan segera dalam masa kecemasan. Buktikan sebab tiap alat itu perlu dibawa.
  8. Menulis penerangan bahawa kebersihan pada keseluruhannya adalah kunci kejayaan seseorang Kuartermaster. Menerangkan bagaimana dapat dicapai dalam urusan perkhemahan sebagai pembantu KM.
DOKUMENTASI VIDEO
  1. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
SETELAH LULUS LENCANA
  1. Lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.





Catat Ulasan

0 Ulasan