SKIM LENCANA PELUKIS (KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN) PENGAKAP KANAK-KANAK




Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui telah melukis dengan minat dan berkebolehan sebagai anak seni dengan hasil yang kemas dan cantik dalam tempoh sekurang-kurangnya satu bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang hasilnya. 


Lencana ini diberikan kepada ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul, membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik.

Pilih 4 sahaja daripada cadangan di bawah:

  1. Melukis dengan apa-apa bahan lukis SATU watak dari buku "Cerita Hutan" (The Jungle Book) karangan Rudyard Kipling;

  2. Melukis pelangi dan menamakan warnanya dan satu rajah roda warwa yang mengandungi warna perdana (primary colours) dan warna sekunder (secondary colour);

  3. Menunjukkan cara pengadunan warna cecair (water colour) dari warna perdana kepada warna sekunder;

  4. Melukis 1 gambaran pristiwa;

  5. Membuat kad ucapan selamat untuk salah satu perayaan di Malaysia ;

  6. Pilih 1 kegiatan di bawah:

  • Membuat 1 rekaan corak daripada bahan terbuang seperti cetakan, kolaj, hiasan dinding dan sebagainya;
  • Membentuk 1 binaan daripada bahan terbuang seperti arca, asemblaj, anyaman asas dan sebagainya;
  • Memperkenalkan kraf tradisional seperti lukisan, ukiran dan sebagainya.
  1. Menunjukkan kepada Pemimpin 1 buku lukisan yang mesti mempunyai 20 lukisan daripada pelbagai jenis.




  1. Maklumat diri

  2. Ahli 6 Sekawan                                    

  3. Lukisan SATU watak dari buku "Cerita Hutan";

  4. Gambar-gambar cara pengadunan warna cecair (water colour) dari warna perdana kepada warna sekunder;

  5. Melukis pelangi dan menamakan warnanya dan satu rajah roda warwa yang mengandungi warna perdana (primary colours) dan warna sekunder (secondary colour);

  6. KAD UCAPAN bertemakan cerita sambutan HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA.

  7. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.

  8. Setelah lulus lencana ini, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.







Catat Ulasan

0 Ulasan