SKIM LENCANA PEMADAM API (KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN) PENGAKAP MUDA



Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Muda sebagai mengakui perkhidmatan dalam perkara berhubung dengan tindakan semasa kebakaran, berkebolehan dalam menggunakan peralatan memadam kebakaran.


Untuk lulus ujian ini, ahli Pengakap Muda itu perlu:

  1. Mengetahui tugas Pasukan Bomba dan Penyelamat Tempatan;
  2. Memahami bahaya api dan mengetahui tindakan mencegah kebakaran di rumah mengenai semua jenis alat pemanas khususnya pemanas yang menggunakan minyak dan bahan pembakar terbuka, pemanas elektrik, bahan pembakar khasnya mancis, wayar elektrik, fius dan lain-lain alat; penggunaan alat gas dan minyak petrol; pengawasan bunga api, lilin, unggun api, perhiasan rumah;
  3. Merancangkan persediaan mencegah kebakaran bagi sesuatu perhimpunan Pengakap atau seumpamanya termasuk peraturan tempat duduk. Mengetahui sebab persediaan sedemikian perlu;
  4. Mengetahui bahaya api dalam perkhemahan dan persediaan mencegah kebakaran, mengetahui punca kebakaran belukar, lalang dan tahu bagaimana mengawal kejadian itu;
  5. Menerangkan apa dan mengapa tindakan mesti diambil apabila berlakunya kebakaran di dalam dan di luar rumah. Mengetahui cara memanggil pihak Bomba dan segala peraturan yang seharusnya diikuti. Mengetahui apa jua yang berlaku dari masa memanggil pihak Bomba sehingga mereka menerima pangilan itu dan sebab tindakan sedemikian diambil.
  6. Mengetahui :-
      1. Kerja mencegah kebakaran dengan menggunakan baldi berderat.
      2. Cara menggunakan pam kaki (stirmup pump) dan pam tangan.
      3. Cara menggunakan pemadam api seperti air, asid soda, gas cartridge'. Karbon tetraklorida dan buih, serta mengetahui Jenis pemadam yang sesuai mengawal jenis api yang tertentu.
  7. Mengendali seorang yang terbakar pakaian di badannya.
  1. Maklumat diri
  2. 8-10 orang ahli patrolnya;
  3. Menyenaraikan tugas Pasukan Bomba dan Penyelamat Tempatan;
  4. Menerangkan bahaya api dan mengetahui tindakan mencegah kebakaran di rumah mengenai semua jenis alat pemanas khususnya pemanas yang menggunakan minyak dan bahan pembakar terbuka, pemanas elektrik, bahan pembakar khasnya mancis, wayar elektrik, fius dan lain-lain alat; penggunaan alat gas dan minyak petrol; pengawasan bunga api, lilin, unggun api, perhiasan rumah (berikan contoh-contoh bergambar);
  5. Merancangkan persediaan mencegah kebakaran bagi sesuatu perhimpunan Pengakap atau seumpamanya termasuk peraturan tempat duduk. Mengetahui sebab persediaan sedemikian perlu;
  6. Mengetahui bahaya api dalam perkhemahan dan persediaan mencegah kebakaran, mengetahui punca kebakaran belukar, lalang dan tahu bagaimana mengawal kejadian itu;
  7. Menerangkan apa dan mengapa tindakan mesti diambil apabila berlakunya kebakaran di dalam dan di luar rumah. Mengetahui cara memanggil pihak Bomba dan segala peraturan yang seharusnya diikuti. Mengetahui apa jua yang berlaku dari masa memanggil pihak Bomba sehingga mereka menerima pangilan itu dan sebab tindakan sedemikian diambil;
  8. Mengetahui dengan menulis laporan bergambar berkenaan:-
      1. Kerja mencegah kebakaran dengan menggunakan baldi berderat.
      2. Cara menggunakan pam kaki (stirmup pump) dan pam tangan.
      3. Cara menggunakan pemadam api seperti air, asid soda, gas cartridge'. Karbon tetraklorida dan buih, serta mengetahui Jenis pemadam yang sesuai mengawal jenis api yang tertentu.
  9. Mengendali seorang yang terbakar pakaian di badannya; dan
  10. Pautan url (url link) video anda yang dimuat naik ke saluran YouTube mesti dituliskan ke dalam buku log dan boleh diakses semasa pengujian dijalankan.
  11. Setelah lulus lencana, lekatkan salinan sijil lencana dalam buku log anda.




Catat Ulasan

0 Ulasan